Monday, May 31, 2010

ISRAEL= ANIMAL= DEVIL=STUPID!!!!

KEJAM, BODOH, TAK BERPERIKEMANUSIAN, ANGKUH. Ini lah sikap yang diambil oleh kerajaan Israel yang tergamak menyerang konvoi bantuan kemanusiaan gaza. Sanggup die serang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke gaza, kalau ikut undang-undang perang antarabangsa pun, kenderaaan, manusia yang membawa bantuan kemanusian, atau bantuan perubatan tidak boleh diserang. Punye angkuh israel ni, dah la serang kat lautan antarabangsa. Ade 40 buah negara yang menyertai konvoi tu, dan bila-bila masa je 40 buah negara ni boleh hantar misi ketenteraan serang balas. tapi x de yang bertindak. berikut info yang aku dapat dari website lifetime for gaza.....

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Saturday, May 29, 2010

SHERLOCK HOLMES 2



memang la tahun 2011 ni bakal menyajikan kite dengan filem hollywood yang gempak-gempak, untuk disember 2011, peminat cerite tentang penyiasat akan disuap dengan sekuel kedua Sherlock Holmes (SH). Ingat tak mase filem yang first punye ending Sherlock Hoolmes kate 'Cases reopen' yang menunjukan pade kes kecurian salah satu bahagian pade mesin yang Blackwood gune untuk hasilkan gas beracun. Dan untuk SH2 ni watak mastermind jahatnye ialah Proffesor Moriarty yang dengar kare dibintangi oleh Brad Pitt. Huh, mantap-mantap pelakon die kali ni. Jadi tunggu lah ye kengkawan ku...

TRANSFORMERS 3

Berite baik untuk peminat filem transformers sebab sekuelnye yang ke-3 akan memecah panggung pade julai 2011. Dalam sekuel kali ni Pengarah die, Michael Bay sangat konfiden untuk menjayekannye sampai perancangan untuk filem ni dilakukan sebelum tayangan sekual yang keduanya Transformers(TF):Revange Of The Fallen. Dan semestinye akan ade Autobots dan Decepticon baru yang bakal menapilkan beberapa jenis kenderaan baru yang semestinye mantob... apa-ape pon tunggu la update lagi dari aku ye...

PIRATE OF THE CARIBBEAN 4 : ON STRANGER TIDES



Seperti yang aku jangke dari aku tengok PIRATE OF THE CARRIBEAN 3: AT WORLD ENDS, Aku dah dapat agak yang pengembaraan Capten Jack Sparrow (Jhonny Deep) akan diteruskan dalam sekuel terbaru PIRATE OF THE CARRIBEAN (POTC). Dari info yang aku dapat, Will Turner (Orlando Bloom) tak kan ade dalam cite ni sebab cite ni lebih fokus kepade pengembaraan Capt Jack Sparrow. Dalam cerite ni Capten Barbosa (Geoffery Rush) bukanla ancaman terbesar kepade Capt Jack Sparrow tetapi watak lanun baru yang kejam dan durjana iaitu Blackbeard (Ian McShane). Lagi watak baru dalam cerite ni ialah anak kepade Blackbeard yang dibintangi oleh Penelope Cruz. Of koz la dalam cite ni pon akan ade adegan-adegan pecah perut yang melampau (LAWAK) yang akan buat korang menangis tanpe sebab. Aku masih tak dapat lagi info tentang jalan cerite POTC4 tapi yang aku tau penggambaran dah dimulekan pade tahun 2008 dan tayangannye maybe pertengahan tahun depan (2011) so kepade peminat POTC, nantikanlah tayangan POTC4 di pawagam tahun depan....

Friday, May 28, 2010

SEKATAN KEATAS KONVOI KEMANUSIAN KE GAZA.

Macam yang kite dapat bace dan tengok kat media massa sekarang ni kecoh la pasal israel yang menyekat bantuan kemanusian ke gaza. logik ke deorang kate bantuan tu sebagai satu provokasi yang x perlu? kite hanta barang keperluan, bukan bom atau senjata. Kejam x kejam israel ni? sampai bantuan kemanusiaan pon disekat. nampak sangat mereka ni nak menghancurkan terus bumi palastine dari peta dunia.Israel siap bagi ugutan akan melakukan tindakan ketenteraan bagi menghalang bantuan dari sampai ke gaza kalau ahli konvoi x nak patah balek ke negara masing masing. Tapi alhamdulillah sebab peserta-peserta konvoi tak gentar dengan ancaman dari pihak israel. Israel sebenarnye dah takut, takut bile bantuan ni sampai, gaza akan kembali kukuh dan sukar bagi mereka untuk menaklukinya. Lagi satu yang israel takut ialah mereka x dapat menyerang kapak-kapal konvoi tu sebab ini umpame menisytiharkan perang terhadap puluhan negara lain... jadi mari kite memenjatkan doa dan buat solat hajat memohon pada Allah supaya perjalanan mereka diselamatkan....

Thursday, May 27, 2010

YEAH!!! LAGI GAMBA BARU (SAMPLE)


gamba ni khas untuk team Final project POLISAS yang buat robot AKINORI-SUMO... Gambattena minna...

Wednesday, May 26, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAKI JAMMING DI MALAYSIA!!!!



Berite baik untuk korang-korang yang suke jaming atau ape-ape aje berkaitan dengan dunia muzik dan jamming tanah air. korang boleh menyertai sebuah group yang ditubuhkan khas untuk komuniti cam korang. group ni ade kat facebook kalu korang betul-betul berminat nak join. group ni ditubuhkan untuk berkongsi idea, info dan segale ape saje bende berkaitan muzik dan jamming. x kire lah korang nak kongsi cerite ke, nak kasi idea ke, nak hanta lagu korang ke atau ape-ape je kompem diterime punye. so ape tunggu lagi, join la sekarang. http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=116568951700797

Friday, May 21, 2010

GROUP HINA NABI MUHAMMAD DAN ISLAM DI FACEBOOK!!!!

Wahai saudara2 ku.. seperti yang kite tau facebook mmg dah jadi laman sosial yang mempunyai pengunjung paling banyak dlm dunia. dan ade sesetengah pihak dah salah guna facebook ni. Kat facebook skarang ni ade satu group yang telah jadikan 20 may ni sebagai 'HARI MELUKIS NABI MUHAMMAD'.. Bodoh ke x bodoh deorang ni? dah la tu, aku tengok penerangan die tulis kat situ "hari ini anda boleh luahkan segala imaginasi anda tentang nabi muhammad di atas kertas (dah translate)'. Ni la die satu lagi cubaan untuk menghina, menindas dan menaikkan kemarahan orang islam. aku tengok gamba yang diupload dlm group cukup KURANG AJAR dan X RETI HORMAT agama lain..

POSTING VIDEO PERTAMA



GIMIK NI TELAH DIARAH OLEH JEAYA GANESH IAITU SEORANG PENUNTUT DI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. DIE NI GAK YANG BUAT GRAFIK DAN MENYUNTING SUME BABAK DALAM VIDEO NI, SEBENANYE CITE NI PANJANG LAGI TAPI AKU SENDIRI DAH POTONG2 KASI PENDEK SIKET.

Thursday, May 20, 2010

SAMURAI STUDIOS DI FACEBOOK!!

Ya.. seperti yang korang tau cam yang aku kate sbelom ni aku nak sangat korang2 sume atau sesape je yang melayari blog samurai studios ni kongsi karya korang ok.. aku tau anda-anda di luar ane ade yang lebih hebat dari aku dalam mengedit gamba dan video.. so untuk kongsi karya korang tu boleh la berbuat demikian kat group samurai studios di facebook. join dan kongsi la sebanyak manepon karya yang korang sume nak.. asalkan korang masukkan trademark atau signature korang sebagai tanda karya tu korang yang buat... ni link die --->>>>>>>> http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=116737351676691