Saturday, July 30, 2011

BIKINI BOTTOM GANGSTER

ini merupakan sejarah hidup patrik cam ne die leh jadi 3-suku.. dulu patrik merupakan taiko besar kat bikoni bottom... boleh kata bikini bottom tu dia yang pegang... siapa yang tidak mengenalinya.. sebut sahaja nama si tapak sulaiman merah jambu ini.. semua penduduk bikini bottom sudah mula kecut perut... patrik dahulunya digelar pat-the star-fish.. ketua geng the pink terror.. dia mempunya i ramai ahli2 yang sangat kuat dn hebat... patrik mempunyai 3 org pengikut yang sangat setia dengannya.. jika patrik menyuruh mereka merompak.. tanpa bersoal mereka akan melakukan tanggungjawab itu.. mereka ialah The sharky, whalelliam dan larry the swordfish... kumpulan gangster patrik mempunyi musuh ketat iaitu the bubble popping kids.. boleh dikata pantang berjumpa dua kumpulan ini.. pasti ada perbalahan yang barlaku.. pada satu hari, patrik dan 3 orang kuatnya itu merancang untuk menawan sebuah bandar lain yang digelar new kelp city... tanpa diketahui new kelp city itu adalah wilayah celcom.. eh.. bukan2.. wilayah bubble popping kids... dalam masa yang sama.. kumpulan bubble poping kids ini telahpon menghasut ramai ahli the pink terror utk menyertai mereka... setibanya patrik di badar new kelp city.. mereka disambut oleh bekas2 ahli the pink terror yang berlakon seperti mereka masih lagi setia dengan patrik.. mereka dibawa ke satu kawasan yang terpinggir... setibanya mereka di kawasan itu.. patrik dan 3 org kuatnya itu berasa tidak sedap hati... seperti ada umang2 disebalik cengkerang.. tiba2 semua bekas ahli the pink terror mengeluarkan senjata masing2.. patrik dan kawan2nya sudah mula mengesyaki sesuatu.. dari satu sudut gelap.. tiba seekor ikan clownfish yang bergelar joker.. joker berkata 'Pat.. kau x dapat lari lagi.. bandar ini gua pegang bai.. lu datang sini lu memang cari mati la... lu tengok orang2 lu.. semua suda belot.. sekarang zaman lu dah abis pat.. ini masa gua untuk menyinar.. hahahahHAHAHAHAH (gelak cam joker)'.. patrik yang marah denag kata2 joker terus menerpa ke arah joker.. tapi orang2 joker menghalang dan mula menyerang patrik.. larry, whalelliam dan sharky membantu dengan menyerang balas mereka2 yang cuba menyerang patrik... tiba2 patrik ternampak sebatang kayu... patrik cuba mengambil kayu itu.. apabila patrik toleh ke arah kawan2nya itu.. dia dapat melihat 3 orang kuatnya itu sedaya upaya menghalang ahli bubble poloing boys dari menghampiri patrik.. melihat situasi itu patrik dengan membawa kayu terus melibas musuh yang menyerang.. 3 orang kuat patrik melihat kesungguhan patrik semakin bersemangat untuk menyerang balas.. padamulanya mereka seakan2 sudah tewas.. tetapi berkat doa dan tawakal patrik dan kawan2nya.. mereka berjaya mengalahkan barisan pertama penyerang.. kemudian satu demi satu musuhnya tergolek bagai buah mangga yang jatuh akibat dikait... bimbang dengan situasi yang tak menyebelahi joker.. joker mula mengarahkan kesemua ahli2 bubble poping boyz menyerang.. patrik dan 3 kawannya itu yang baru sahaja berjaya menumpaskan gelombang pertama serangan dihidangkan pula dengan serangan gelombang kedua.. mereka sudah cedera teruk dan x bermaya... tetapi mereka berusaha juga menentang lawan yang datang.. namun begitu.. tentangan yang mereka hadapi terlalu hebat.. mereka sudah x berdaya lagi.. patrik dapat melihat ketiga2 orang kuatnya yang paliang setia gugur satu per satu.. pun begitu.. patrik masih tidak putus asa.. walaupun gelombang yang datang sangat hebat.. patrik masih lagi bertahan dengan kudrat yang tinggal... stu persatu musuh ditumbangkan.. namun nasib ternyata tidak menyebelahi patrik.. satu hentakan kuat tiba2 hinggap di kepala patrik.. pukulan itu menyebabkan patrik rebah ke dasar lautan... setelah patrik rebah.. satu pukulan demi satu pukulan hinggap di badanya.. dalam saat2 yang genting itu terdengar joker si ikan clownfish ketawa gembira.... kemudain pemandangan patrik menjadi semakin kabur.. kabur dan kemudian seluruh alam lautan menjadi gelap... pn begitu.. nyawa parik masih panjang.. kumpulan bubble poping kids telah membawa patrik dan membuangnya di jellyfish field... kebetulan pula ketika itu spongebob yang sedang asyik menagkap obor2 terlihat patrik terbaring x bermaya dengan kesan luka yang sangat teruk.. kasihan melihat patrik.. spongebob membawa patrik pulang dan merawatnya.. siang berganti malam.. hari berganti hari.. spongebob bersungguh2 merawat patrik.. dan pada suatu petang yang hening, sedang spongebob merawat patrik.. patrik mula membuka mata.. perkara pertama yang dia nampak ialah spongebob yang tersenyum melihat patrik mula sedar dari koma... walaupon patrik sudah sedar.. tetapi patrik tidak seperti dulu lagi, ternyata pukulan di kepala patrik telah memadamkan memori yang lama.. satu2nya perkara yang patrik ingat ialah namanya.. sejak dari itu, spongebob dan patrick berkawan baik sehingga sekarang...

Friday, July 29, 2011

SEMANGAT HARIMAU MALAYA KEMBALI

Setelah sekian lama menyepi.. semalam telah terbukti semangat harimau malaya dalam diri rakyat malaysia telah kembali.. walaupon secara ageriget kita tumpas 6-4 keatas singapura.. namun telah terbukti semangat para penyokong tidak luntur demi memberi sokongan pada skuad kebangsaan kita.. sejak beberapa tahun dahulu, malaysia dikejutkan dengan zaman kejatuhan bolasepak negara.. segalanya serba x kena... jurulatih yang hebat2 diupah tapi masih x dapat meningkatkan kemajuan sukan bolasepak kita... semangat harimau malaya dalam jiwa takyat malaysia kian pudar.. kian luntur.. dapat dilihat di stadium2... ketika perlawanan bolasepak.. hanya segelintir sahaja yang hadir.. tidak ramai yang memberi sokongan padu.. yang lain semua ibarat lalang shaja.. di saat2 malaysia jatuh.. mereka hilang entah kemana.. kalau mengikiti perkembangan bolasepak pon.. pasti kutukan demi kutukan dilontarkan kpd pemain dan dan jurulatih... api yang dulunya begitu marak membakar semangat.. tiba2 padam bagai disimbah air.. setelah lama menyepi, kini semangat harimau malaya telah kembali.. api yang terpadam kini telah membara kembali.. semangat yanh kian hilang kini telah bangkit memberikan sokongan padu kapada pasukan negara kita.. perlawanan menentang singapura tempohari telah membuktikan semangat HARIMAU MALAYA sudah bangkit dari tidur yang panjang.. bukan sahaja yang berada di stadium, malah yang menonton di warung2 dan kedai mamak.. semangat harimau malaya tetap dipaerkan.. ketika safee sali menjaringkan gol.. bukan sahaja mereka2 di satdium bersorak gembira.. malah yang menonton di kedai mamak dan warong2 juga ada yang bersorak, bertepuk tangan dan menyanyikan lagu2 sorakan untuk harimau malaya(berdasarkan pengalaman sendiri).. diharapkan semangat ini tidak hanya setakat di sini.. biar tumpas pasukan Harimau malaya.. tp jgn kita tinggalkan mereka... mereka perlukan kita.. tanpa kita siapalah mereka.. janganlah ikut resmi lalang... hanya memberi sokongan tatkala kita berada di ambang kegemilangan sahaja.. teruskan dengan semangat ini.. jangan biarkan ia padam..




gambar2 amatur dari stadium bukut jalil...

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia tumpas di staduim 'Emirates'.'Stamford Bridge' & 'Anfield' pula menanti selepas ini..

Malaysia lawan arsenal pada 13/7/11 x de live kat tv.. tp aku tgk gak kat streaming tv.. ade live.. walaupon aku cuma pakai brodband yang berkelajuan siput.. dapt jugak la aku tengok skuad rajagobal beraksi menentang the guners.. walaupon kalah aku tgk semangat yang ditunjukan pemain sangat hebat walaupon tumpas 4-0.. bila pakai brodband paham2 je la.. bukan semua aksi boleh tgk.. gol pon 2 je yang aku tgk.. yang 2 lg tu gamba lekat... masa aku buka tengok perlawanan tu.. alangkah terkejutnye aku.. bukit jalil berubah menjadi stadium emirates... kalau x caye tengok gamba ni..


dalam gambar ni korang boleh tengok.. yang pakai jersi malaysia korang boleh kira dengan jari... yang ramainya pakai jersi 'pendatang'...
x de moral langsung orang malaysia ni.. x reti nak support negara sendiri... lebih agungkan pasukan luar.. biar selemah mana pon pasukan kita... berikan sokongan.. sekurang2nya deorang berasa dihargai.. kalu kita x sokong.. sapa lagi nak sokong?? ni la muka2 rakyat malaysia yang x de semangat patriotik.. bila lawan negara luar bkn main melaung slogan tanah tumpah darahku.. melaungkan auman harimau malaya... siap bersemangat mengatakan 'harimau malaya x kan tumpas'... punyalah setia kononnya... konon tunjuk semangat... tp bila ada club luar masuk lawan negara sendiri.. hilang slogan tu.. hilang rasa bangga dgn negara.. hilang identiti yang mana sebelum ni bukan main bersemangat sokong pasukan negara... ni la akibatya bila ego mengatasi kesetiaan kpd warna hitam kuning... perkara sama pernah berlaku ketika malaysia menentag man.u dulu.. malaysia bermaian ditempat 'lawan' kerana stadium bukit jalil dibanjiri warna merah seperti di old trafford... ape nak jadi la... walaupon pasukan kita lemah.. jangan sampai buang maruah diri sendiri dengan melaungkan dan bersorak untuk pasukan lain... takut sangat malu bila team kegemaran korang kalah lawan pasukan kebangsaan.. takut member2 ejek.. wey makhluk sengal.. sepatutnya korang bangga kalau malaysia dpt tumpaskan kelab gergasi eropah.. tu tandanya malaysia juga ada pemain berbakat... bukan malu bodoh... satu la aku nak kate kat korang2 yang x sedar diri tu.. if you ashame to stand by your colour.. you better change your flag(by supermokh)... ape pon selepas ini 'Stamford Bridge' & 'Anfield' pula menanti.. semoga harimau malaya x gugup beraksi di tempat 'lawan'..

Tuesday, July 12, 2011

Pirates of the carribean 5???

Waa... POTC4 baru je melabuhkan tirai di pawagam2.. kini dah dengar pulak ura2 yang hero kegemaran aku kapten jack sparrow (johny deep) akan membintangai siri ke 5 filem yang penuh epik ini... tapi x tau la betul ke tak sebab ada laporan berita yang mana pihak disney sedang berbincang untuk mendapatkan persetujuan encik johny deep ni intuk membintangai filem tu.. kenape disney nak die jugak ekk.. johny deep ialah jack sparrow.. x de orang boleh ganti.. dan pulak sebab karektor jack sparrow tu la disney dapat mengutip untung yang bayak melalui penerbitan filem POTC dari siri yang pertama hingga ke empat.. ape pon harap jugak la dapat tengok encik johny deep a.k.a encik jack sparrow dalam filem pirates yang akan datang (kalau betul2 ada la)... anyway... tata...


ni la watak POTC yang paling berjaya menawan hati.. bukan menawan hati je.. mencuit hati jugak...

Wednesday, July 6, 2011

Colour From The Past Is Coming Back

Assalamualaikum.. herm.. kebelakangan ni saru warna dari masa lalu dah datang balik dalam hidup aku.. Stelah lama hilang warna tu.. tiba2 datang balek... hati mmg rasa sangat gembira... tapi walaupun kepastian tentang adakah warna ini akan terus kekal sebagai coretan indah dalam diri aku masih samar2... aku ada target 5 tahun aku yang perlu aku sempurnakan.. dan aku harap sangat warna ni kekal sampai saat yang aku target tu..... :)

Tuesday, July 5, 2011

Pengendali Myanmar, Milan Zivadinovic menganggap beberapa pemain negara layak beraksi di Eropah selepas berakhir perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mohammed ke-IV di Kota Bharu.

Pengendali daripada Serbia itu merujuk kepada penggerak bahagian tengah negara, Safiq Rahim dan S. Kunanlan yang berjaya mencuri tumpuannya ketika Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 2-0. Beliau merupakan jurulatih yang berjaya mengenal pasti bakat Michael Essien yang kini beraksi untuk Chelsea dan Sulley Muntari sewaktu membimbing pasukan kebangsaan Ghana.

"Nombor 16 (Kunanlan) boleh bermain di Eropah. Nombor 8 (Safiq) merupakan perancang cemerlang dan menakjubkan. Dia mampu beraksi di Eropah. Sekarang saya mengerti mengapa kamu (Malaysia) memenangi Piala Suzuki AFF," terangnya.


Zivadinovic berharap dapat mengaturkan satu lagi perlawanan ujian dengan pasukan Malaysia sebelum Sukan SEA bermula Disember ini dan menganggap bulan September depan adalah waktu yang sesuai. "Ini bagus untuk anda dan kami. Kami mempunyai cita-cita tinggi di Indonesia," tambahnya.




Read more: http://www.malayatigerfootball.com/2011/06/milan-zivadinovic-jurulatih-myanmar.html#ixzz1RENHK2J5

Sunday, July 3, 2011

Karya terbaru aku..

Dah cukup lama jugak aku x mengupload hasil kerja aku kat blog ni.. nama je samurai studios.. tp x de pon hasil kerja yang aku post.. ni yang terbaru aku buat utk kelab PEMINAT GUSTI MALAYSIA...



Dah cukup lama jugak aku x mengupload hasil kerja aku kat blog ni.. nama je samurai studios.. tp x de pon hasil kerja yang aku post.. ni yang terbaru aku buat utk kelab PEMINAT GUSTI MALAYSIA... enjoy..







yang ini lak design baju terbaru dari aku..



PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA: Malaysia Melangkah ke Pusngan Kedua

Nampaknya skuad bolasepak negara kita telah berjaya melangkah ke pusingan kedua bagi sesi perlawanan pra-kelayakan piala dunia zon asia.. walaupon tumpas 2-3 semalam di stadium pembandaran taiwan.. namun kelebihan 2 gol di tempat lawan tetap melayakkan pasukan harimau malaya untuk melangkah satu tapak seterusnya dalam perjalanan menuju piala dunia di Brazil... Tebukti pasukan harimau malaya sebenarnya dah berevolusi dari kemarau kemenangan sejak bertahun-tahun... hasil kemenangan piala AFF suzuki cup dan sukan sea telah menjadi satu titik mula bagi skuad kebangsaan kita untuk pergi lebih jauh dalam memartabatkan sukan ini... berbalik pada kisah malaysia lawan taiwan.. kalau nak diikutkan pasukan Taiwan bukanlah pasukan yang boleh dijadikan 'lauk'.. berdasarkan 2 perlawanan iaitu di bukit jalil dan perlawanan timbal balik di taiwan.. ternyata dari segi kawalan bola, taktikal dan hantaran, mereka lebih baik dari pasukan negara... boleh dikatakan pemain2 malaysia susah nak pegang bola dengan lama kerana asakan demi asakan yang diberikan oleh pemain Taiwan.. Untuk sesapa yang tak tau.. pemain taiwan telah dibawa untuk berlatih di korea.. tidak haranlah kenapa pemain mereka beraksi cemerlang dalam kedua-dua perlawanan... jika nak dibandingkan dengan pemain kebangsaan.. kita lemah di bahagian pertahanan.. tiada persefahaman yang baik antara pemain membuatkan pertahanan kita bercelaru dan akhirnya kesilapan demi kesilapan dilakukan.. 3 penalti dihadiahkan kepada pasukan taiwan.. sesuatu yang sangat mendukacitakan... dan lagi, pengadil perlawanan yang sepatutnya menentukan keadilan pmermainan itu tidaklah seadil yang diharapkan.. ternyata sikap pengadil berat sebelah, setelah 2 sepakan percuma yang diberikan kepada pemain kita berjaya disempurnakan dengan cemerlang, tidak banyak lagi free kick yang diberikan kepada pasukan kita.. pengadil tersebut turut menafikan sepakan penalti yang patut diberikan selepas pemain kita dikasari dalam kotak penalti pasukan taiwan... namun begitu semangat yang ditunjukan pemain kebangsaan kita harus dipuji.. semangat harimau malaya yang kuat membuatkan mereka terus berusaha utk meneruskan perjuangan.. aku berharap lepas ni pemain dapat belajar dari kesilapan dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan midfield... utk bahagian sayap kiri dan kanan.. perlu meneruskan prestasi yang baik seperti perlawanan di tawan.. gunakan ruang dan ambil peluang sebaik mungkin...



"semangat harimau kian membara ngauman nyaring menggegar gempita.. x kan hilang semangat ini.. demi tanah tumpahnya darahku'