Thursday, November 25, 2010

THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES (HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA) AKAN DATANG!!!!!!!!!



Assalamualaikum semue geng... KRU bakal menghidangkan kite ngan sebuah lagi filem yang bakal membuat satu transfomasi dalam pembikinan filem di malaysia... Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah filem ala2 zaman dulu2 yang penuh aksi dan adegan menarik akan lahir x lama lagi.. thriler die nampak cam gempak... poster pon mmg lg gempak... jalan cite menarik.. tp x tau la hasilnye bagus ketak.. ape2 pon nantikanla ye kemunculan filem ni di pawagam...

Saturday, November 20, 2010

BERITA PANASS!!!!

Panas.. panass..... ape yang panas sangat berite ni.. panas la sebab aku kate panas... korang pun dah tau kan brite tntang bola malaysia lwn china hari tu... mmg membuat bukan aku sorang je, tapi seluruh rakyat malaysia panas tahap gaban... mane x.. ref yang ditugaskan untuk menentukan keadilan dalam perlawanan tu yang menyebabkan perlawanan tu jadi x adil... mane x.. 13 kad kuning n 3 kad merah dilayangkan kpd pemain malaysia... sume kesalahan tu mmg kecil je... sepatutnye x de kad kite kene.. kad merah dilayangkan untuk sebab2 x munahsabah.... memang gila ref nih.. dalm kite main x cukup 3 orang pon china x leh nak berpesta gol... nmpak sngt kalau ref yang ade tu mmg adil.. kemungkinan kita menang mmg tinggi... tp pe leh wat.. keputusan dah ade.. malaysia x dpt nak teruskan perjuangan bola kite.. tp.. tepukan gemuruh kpd pemain malaysia sebab dapat menunjukan prestasi permainan yang baik...

Thursday, November 4, 2010

LAMENYE TAK UPDATE....

Salam semue geng... sehat dok?? harap semue sehat-sehat la yer.. msti korang sume rindu ngan celoteh aku kan?? ape?? tak rindu?? tak rindu pon tak pe... kalau diikutkan dah 5 bulan aku x usik blog nih.. sebab bizi dengan study aku.. tapi tak pe... lepasni insyaallah aku akan sajikan korang denganhasil karya terbaru dan cerita-cerita serta pandangan aku kat korang sume ye... oh ye.. nantikan satu evolusi blog samurai studios yang mane aku nak pindahkan ke yola.com.. tapi tak kompem lagi la.. ape pon.. good to be back..

Sunday, June 6, 2010

KEMPEN 'PALESTINE WILL BE FREE'



Kempen ni sebenarnye tak dibuat oleh mane-mane Badan kerajaan mahupon bukan kerajaan. kempen ni aku yang buat, marilah kite bersame-same menyokong bantuan kemanusiaan ke gaza dengan menderme ke badan-badan yang berkenaan. Untuk pengetahuan, Pemuda UMNO dah melancarkan satu goal untuk menghantar konvoi kemanusiaan ke gaza lagi. dan kali ni mungkin akan dilakukan secare besar-besaran. misi kita nak hanta 10 buah kapal....

Wednesday, June 2, 2010

HARTA RAMPASAN SI LANUN (ISRAEL)

Looks like Israel manage to stop all of this 'weapon of mass destruction' from reaching Gaza. Look at all those 'deadly weapon' do 'dangerous'.




MAVI MARMARA HANYA MEBAWA BANTUAN UBAT, DAN KEPERLUAN ASAS KE GAZA

Salam, terbukti muatan yang dibawa mavi marmara tidak mengandungi sebarang senjata dan hanya membawa muatan berbentuk keperluan dan ubat-ubatan. akan te tapi, dajjal israel dalam satu medianye mengetakan mavi marmara mebawa senjata tajam dan ubat yang dibawa dah luput dan x leh digunakan lagi. ini satu kenyataan salah. pisau potong sayur tu dikatekan senjate berbahaye. kalau atas kapal tu x de piasau potong sayur, macam mane nak masak??? deorang x pikir ke?? bodoh x bodoh israel ni kan... ape pon aku masih mencari website yang dah dedahkan muatan sebenar mavi marmara dan kalau aku dapat gamba die aku akan publish..

Monday, May 31, 2010

ISRAEL= ANIMAL= DEVIL=STUPID!!!!

KEJAM, BODOH, TAK BERPERIKEMANUSIAN, ANGKUH. Ini lah sikap yang diambil oleh kerajaan Israel yang tergamak menyerang konvoi bantuan kemanusiaan gaza. Sanggup die serang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke gaza, kalau ikut undang-undang perang antarabangsa pun, kenderaaan, manusia yang membawa bantuan kemanusian, atau bantuan perubatan tidak boleh diserang. Punye angkuh israel ni, dah la serang kat lautan antarabangsa. Ade 40 buah negara yang menyertai konvoi tu, dan bila-bila masa je 40 buah negara ni boleh hantar misi ketenteraan serang balas. tapi x de yang bertindak. berikut info yang aku dapat dari website lifetime for gaza.....

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Saturday, May 29, 2010

SHERLOCK HOLMES 2



memang la tahun 2011 ni bakal menyajikan kite dengan filem hollywood yang gempak-gempak, untuk disember 2011, peminat cerite tentang penyiasat akan disuap dengan sekuel kedua Sherlock Holmes (SH). Ingat tak mase filem yang first punye ending Sherlock Hoolmes kate 'Cases reopen' yang menunjukan pade kes kecurian salah satu bahagian pade mesin yang Blackwood gune untuk hasilkan gas beracun. Dan untuk SH2 ni watak mastermind jahatnye ialah Proffesor Moriarty yang dengar kare dibintangi oleh Brad Pitt. Huh, mantap-mantap pelakon die kali ni. Jadi tunggu lah ye kengkawan ku...

TRANSFORMERS 3

Berite baik untuk peminat filem transformers sebab sekuelnye yang ke-3 akan memecah panggung pade julai 2011. Dalam sekuel kali ni Pengarah die, Michael Bay sangat konfiden untuk menjayekannye sampai perancangan untuk filem ni dilakukan sebelum tayangan sekual yang keduanya Transformers(TF):Revange Of The Fallen. Dan semestinye akan ade Autobots dan Decepticon baru yang bakal menapilkan beberapa jenis kenderaan baru yang semestinye mantob... apa-ape pon tunggu la update lagi dari aku ye...

PIRATE OF THE CARIBBEAN 4 : ON STRANGER TIDES



Seperti yang aku jangke dari aku tengok PIRATE OF THE CARRIBEAN 3: AT WORLD ENDS, Aku dah dapat agak yang pengembaraan Capten Jack Sparrow (Jhonny Deep) akan diteruskan dalam sekuel terbaru PIRATE OF THE CARRIBEAN (POTC). Dari info yang aku dapat, Will Turner (Orlando Bloom) tak kan ade dalam cite ni sebab cite ni lebih fokus kepade pengembaraan Capt Jack Sparrow. Dalam cerite ni Capten Barbosa (Geoffery Rush) bukanla ancaman terbesar kepade Capt Jack Sparrow tetapi watak lanun baru yang kejam dan durjana iaitu Blackbeard (Ian McShane). Lagi watak baru dalam cerite ni ialah anak kepade Blackbeard yang dibintangi oleh Penelope Cruz. Of koz la dalam cite ni pon akan ade adegan-adegan pecah perut yang melampau (LAWAK) yang akan buat korang menangis tanpe sebab. Aku masih tak dapat lagi info tentang jalan cerite POTC4 tapi yang aku tau penggambaran dah dimulekan pade tahun 2008 dan tayangannye maybe pertengahan tahun depan (2011) so kepade peminat POTC, nantikanlah tayangan POTC4 di pawagam tahun depan....

Friday, May 28, 2010

SEKATAN KEATAS KONVOI KEMANUSIAN KE GAZA.

Macam yang kite dapat bace dan tengok kat media massa sekarang ni kecoh la pasal israel yang menyekat bantuan kemanusian ke gaza. logik ke deorang kate bantuan tu sebagai satu provokasi yang x perlu? kite hanta barang keperluan, bukan bom atau senjata. Kejam x kejam israel ni? sampai bantuan kemanusiaan pon disekat. nampak sangat mereka ni nak menghancurkan terus bumi palastine dari peta dunia.Israel siap bagi ugutan akan melakukan tindakan ketenteraan bagi menghalang bantuan dari sampai ke gaza kalau ahli konvoi x nak patah balek ke negara masing masing. Tapi alhamdulillah sebab peserta-peserta konvoi tak gentar dengan ancaman dari pihak israel. Israel sebenarnye dah takut, takut bile bantuan ni sampai, gaza akan kembali kukuh dan sukar bagi mereka untuk menaklukinya. Lagi satu yang israel takut ialah mereka x dapat menyerang kapak-kapal konvoi tu sebab ini umpame menisytiharkan perang terhadap puluhan negara lain... jadi mari kite memenjatkan doa dan buat solat hajat memohon pada Allah supaya perjalanan mereka diselamatkan....

Thursday, May 27, 2010

YEAH!!! LAGI GAMBA BARU (SAMPLE)


gamba ni khas untuk team Final project POLISAS yang buat robot AKINORI-SUMO... Gambattena minna...

Wednesday, May 26, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAKI JAMMING DI MALAYSIA!!!!



Berite baik untuk korang-korang yang suke jaming atau ape-ape aje berkaitan dengan dunia muzik dan jamming tanah air. korang boleh menyertai sebuah group yang ditubuhkan khas untuk komuniti cam korang. group ni ade kat facebook kalu korang betul-betul berminat nak join. group ni ditubuhkan untuk berkongsi idea, info dan segale ape saje bende berkaitan muzik dan jamming. x kire lah korang nak kongsi cerite ke, nak kasi idea ke, nak hanta lagu korang ke atau ape-ape je kompem diterime punye. so ape tunggu lagi, join la sekarang. http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=116568951700797

Friday, May 21, 2010

GROUP HINA NABI MUHAMMAD DAN ISLAM DI FACEBOOK!!!!

Wahai saudara2 ku.. seperti yang kite tau facebook mmg dah jadi laman sosial yang mempunyai pengunjung paling banyak dlm dunia. dan ade sesetengah pihak dah salah guna facebook ni. Kat facebook skarang ni ade satu group yang telah jadikan 20 may ni sebagai 'HARI MELUKIS NABI MUHAMMAD'.. Bodoh ke x bodoh deorang ni? dah la tu, aku tengok penerangan die tulis kat situ "hari ini anda boleh luahkan segala imaginasi anda tentang nabi muhammad di atas kertas (dah translate)'. Ni la die satu lagi cubaan untuk menghina, menindas dan menaikkan kemarahan orang islam. aku tengok gamba yang diupload dlm group cukup KURANG AJAR dan X RETI HORMAT agama lain..

POSTING VIDEO PERTAMA



GIMIK NI TELAH DIARAH OLEH JEAYA GANESH IAITU SEORANG PENUNTUT DI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. DIE NI GAK YANG BUAT GRAFIK DAN MENYUNTING SUME BABAK DALAM VIDEO NI, SEBENANYE CITE NI PANJANG LAGI TAPI AKU SENDIRI DAH POTONG2 KASI PENDEK SIKET.

Thursday, May 20, 2010

SAMURAI STUDIOS DI FACEBOOK!!

Ya.. seperti yang korang tau cam yang aku kate sbelom ni aku nak sangat korang2 sume atau sesape je yang melayari blog samurai studios ni kongsi karya korang ok.. aku tau anda-anda di luar ane ade yang lebih hebat dari aku dalam mengedit gamba dan video.. so untuk kongsi karya korang tu boleh la berbuat demikian kat group samurai studios di facebook. join dan kongsi la sebanyak manepon karya yang korang sume nak.. asalkan korang masukkan trademark atau signature korang sebagai tanda karya tu korang yang buat... ni link die --->>>>>>>> http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=116737351676691

Sunday, April 11, 2010

MEMBURU KARYA KREATIF DARI KORANG SUME!!!

Salam semue, harap harap korang sehat jer ok?? disebabkan aku ketandusan idea untuk mempelbagaikan lagi benede2 kat samurai studios ni, aku berharap sangat ehsan dari korang semue yang dapat memberi sumbangan untuk aku publish kat blog aku ni, aku terime ape je karya dari korang, puisi, wallpaper, design baju, video atau ape je lah untuk diterbitkan kat sini. Jangan lupe kalau hantar tu jangan lupe tarok name korang tande yang artwork tu korang yang buat ok :)... kalau nak hanta boleh email kat aku atau berhubung ngan aku melalui facebook ok.

KAMEN RIDER PROJECT


Setelah berhempas pulas mencari idea, cara, bahan-bahan dan anggaran kos untuk menyiapkan kostum kamen rider, aku mengambil keputusan untuk menghasilan satu halmet kamen rider sendiri. Harap-harap menjadilah projek aku ni sebab kalau jadi boleh lah aku menambah lagi pendapatan aku sikit. Jadi nantikan je lah ok.. Aku harap projek ni jalan la sebab ade beberape projek aku yang x brape jalan. Kalau aku dah start buat nnti aku akan update kat SSAMURAI STUDIOS dari mase ke semase.. buat mase sekarang, tungguu.....

Sunday, April 4, 2010

ISLAM TERTINDAS LAGI!!

Salam sahabat semue, kat sini aku nak kongsi cerite dari harian metro isnin 5 april bahagian global. di England, sekumpulan anti islam telah menyerbu sebuah tapak pembinaan masjid di Hall Street, Dudley. Lebih kurang 2000 golongan anti islam menyerbu tande protes bagi pembinaan masjid tersebut. Deorang bertindak merobohkan pagar kawasan pembinaan itu bagi menyampaikan mesej 'JANGAN BINA MASJID DI SINI'. Mereka jugak melaungkan slogan 'Kamin x mahu PENGGANAS ISLAM berada di jalanan'. Subhanallah. Sampai begitu skali dilabelkan kepade islam. Nampaknye israel yahudi laknatullah berjaye mempengaruhi pemikiran non-muslim dunia. mereka telah berjaya membuat isla kelihatan seperti pengganas di mata masykt dunia. Ini amat menyedihkan kerana msykt dunia x nampak hakikat sebenar yang terjadi pade org islam di palestein. Ditindas, Dibunuh dengan kejam. Jadi para sahabat, bersame2 kite doakan supaye islam tetap kukuh walau dihujani pelbagai tomahan liar tanpa mata dari golongan anti islam ini, semoga tuhan bukakan pintu hati mereka untuk melihat hakikat sebenar yang sudah terang lagi bersuluh...

BAHASE MELAYU BAHASE INGGERIS

Yo geng, aku dah lame x tulis kat sini.. so ni update terbaru aku la ni, aku kesal la, mase aku layan ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN, tengok ramai artis2 kite yang naik pentas amek award n berucap... berucap dalam bahase inggeris, bukan x suke cume kite patut bangge dgn bahase kebangsaan kite. aku sndiri mngaku kalau ngan member2 aku cakap bahase rojak. x salah nak cakap bahase inggeris ni kat anugerah ape2.. cume lebih elok cakap bahase melayu, sume orang malaysia ni paham bahase melayu. aku puji sikap Rosham Nor yang telah menindir seorang pelakun wanita dalam cerite Nur Kasih yang telah berucap dengan bahase inggeris sepenuhnye dgn mengulangi ape yang pelakon tu cakap dalam bahase melayu (kire cam transelator la ni)... aku tgk David Teoh yang cakap bahase melayu tunggang-langgang pon bangge dan x malu nak bertutur dalam bahase melayu tapi, artis melayu kite sendiri x nak berbangge ngan bahase melayu.. renung2kan la ye sahabat2....

Thursday, February 25, 2010

KONSERT GEGAR!!! SAKSIKAN BAND INDIE FAVERET ANDA





Yuk pade sume peminat indie.. ni ade berite gempar untok korang.. 13 dan 14 mac ni ade konsert mini dari band2 indie yang best2 kat kuantan.. so jom la ramai2 kite pergi.. pade yang dok luar dari kuantan pon jom la turun saksikan band2 faveret korang....

Wednesday, February 24, 2010

MY SHIRT DESIGN

ni design baju utk blok aku dan Biro aku...

Tuesday, February 23, 2010

AKU MASIH DISINI!!!





elow geng... aku tau aku tau.. msti korang terpik.. ape dah jadik ngan samurai studios?? nape gamba sini same je... nape x de latest update.. huhu.. aku dah masak sngt.. ni sebeb aku agak bz untuk mengubdate blog aku ni.. anyway.. aku still buat keje2 aku dlm mengedit gamba so... ni antare hasil kerje aku yang terbaru.... enjoy...

Thursday, January 14, 2010

Tuesday, January 5, 2010