Sunday, August 28, 2011

Siaran Khas Aidil Fitri...

Berikut adalah sedikit ucapan aku untuk korang semua... enjoy lah ye.. aku dalam usaha nak merealisasikan Samurai Studios Channel.. harap2 berjaya la projek kali ni...

Monday, August 15, 2011

Fenomena Berbuka Di Atas Padang

Assalamualaikum geng, sehat dak semua? harap masih sehat la dan boleh meneruskan ibadah puasa nih.. hari ni aku nak bercerita sikit tentang Fenomena yang melanda bandar Kuantan sejak 2 ke 3 tahun lepas.. fenomena berbuka di padang MPK2.. dekat tempat lain x tau la ade ke tak event macam ni sebab setau aku tempat-tempat lain belum ada, kalau ada pun kirenye lepas fenomena ni melanda kuantan dulu.. setiap kali bulan puasa mesti akan ramai yang bertandang ke padang MPK ni sebab nak berbuka..

situasi berbuka di sana amat meriah, mana tak nye.. sebalah padang tu ade bazar ramadan.. so kalau nak berbuka senang, beli je kat bazar sebelah tu dah boleh berbuka di padang tu.. Keadaan di sana amat unik sehingga menarik minat pelancong jugak untuk bersama-sama meramaikan keadaan.. asalnye dekat padang tu gelap je, x de lampu.. disebabkan fenomena ini, majlis bandaran telah memasang lampu sorot utuk menerangi kawasan padang tu...

selain tu tong sampah juga telah disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berbuka di situ untuk buang segala sampah dan sisa makanan dorang... aku pon x melepaskan peluang untuk berbuka kat situ sekurang-kurangnye setahun sekali.. Yang lebih memudahkan lagi ialah kedudukan padang yang bersebelahan dengan masjid negeri, so lepas da sedap makan boleh la berjemaah kat masjid...
Yang menyeronokkan ialah melihat gelagat pengunjung yang hadir, ada yang datang bersama keluarga, dan tidak terlepas juga golongan muda yang datang dengan member-member dorang...

ada jugak la yang datang berdua dengan boipren/girlpren masing2... Kanak-kanak yang datang juga tidak terlepas berkenalan dengan kawan baru.. dan kalau dah kanak2 biasa la kan, mesti ada sesi bermain dulu sebelum berbuka.. dah nama pon padang, kat situ ada tiang gol, so budak2 ni pon tak melepaskan peluang untuk main bola kat situ... mungkin masing2 tengah berangan jadik safee sali atau safiq rahim kot.. hehe.. seronok pulak tengok dorang mian bola.. ase nak join jer...

Walaupon keadaan kat situ sangat meriah, tapi kemeriahan tu dicemari oleh 3 perkara yang x brape best untuk dipandang dan dirasai... yang pertama sampah, pihak majlis bandaran dah sediakan banyak tong sampah di sekitar padang bagi memudahkan pengunjung buang sampah.. tp masih ada yang jenis sengal beluncas tak de kesedaran sivik.. lepas makan tinggal je sampah2 dorang atas padang.. nak kate kecik2 lagi masing2 dah besa panjang dah, dah kira layak nak kawen dah.. tp masih otak letak kat lutut.. x reti nak jaga kebersihan... cuba kalau korang la orang pegi rumah korang buat sampah pastu tinggal.. ape korang rase?? mesti marah kan... so.. kepada individu yang otak letak kat lutut ni sila la ubah sikap.. jaga kebersihan padang tu...

perkara yang kedua ni yang paling aku x paham... masjid sebelah padang je, tapi x reti2 nak g masjid berjemaah.. orang kat padang sikit punye ramai.. tp mase aku solat berjemaah kat masjid, ada 3 saf jer.. mana hilang yang lain2.. semua masih leka dibuai kekenyangan kat padang tu.. yang pelik ade sekumpulan jejaka bajet market ni datang dgn awek2 masing2... masa on the way aku nak ke masjid tu aku nampak dorang dah abis makan... then lepas solat aku tengok dorang still dok situ x berganjak... adey.. masjid sebelah pon still x de kesedaran nak g masjid ke?? pas tu dah lama2 aku perhatikan dorang, dorang belah cam tu je.. tp aku bersangka baik la.. mebi dorang solat kat rumah.. pun begitu aku tetap x paham.. ustaz aku pernah kata, bagi kaum lelaki, disunatkan solat berjemaah kat masjid kalau mampu... ni masjid kat sebelah je.. x reti nak berjemaah.. ustaz aku kata lagi yang hukum sunat untuk lelaki berjemaah ni die punye level sikit lagi nak sampai wajib.. maksudnye disini bagi kaum lelaki kalau x sakit atau x de halangan memang ditegaskan untuk berjemaah...

Perkara yang terakhir ni fenomena biasa la bulan2 puasa ni.. pasal mercun.. ingatkan tengah2 bandar x de la bunyi mercun.. tp ade jugak.. masa solat pon mercun bunyi cam ade perang tengah berlaku.. bukan tu je.. budak2 ni main mercun die pakai baling je atas rumput tu.. so kadang2 orang x perasan ade mercun kat situ tau2 meletup je.. macam aku tadi... nasib baik aku x terpijak mercun tu.. mercun tu meletup sipi-sipi je ngan kaki aku (x de la sipi sangat.. kire jarak selamat la).... buatnye kalau ade orang x perasan terpijak mercun tu then mercun tu meletup.. kan ke ke hospital jawabnye.. Ibu bapa pon macam bagi galakan kat anak2 untuk main mercun.. ish ish... kalau nak bg main pon bagi main mercun pop pop dengan mercun padi cukup la.. sebab dua2 ni lebih selamat... bukan takat budak je.. yang dah dewasa pon tunjuk skill bakar mercun bunga api yang macam orang sambut new year tu.. dah la pasang dekat kawasan banyak orang.. buatnye mase cucuh tu mercun tu tergolek then tertembak orang ramai.. x ke naya... nak kata bongok asenye dah besa panjang.. tak tau la ape nak jadi... yang paling best.. kat area bazar tu ade jual mercun secara terbuka... dan pulak kat situ ade polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung kat padang tu... polis ni plak bile tengok org jual mercun, main mercun.. dorang mcam buat x nampak je.. apekejadah...

Walaupon ade beberapa perkara yang agak mencemarkan aktiviti berbuka kat padang ni.. tapi ianya still menyeronokkan.. dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.. dapat menjalinkan silaturahim dengan orang lain.. dapat jugak mengukuhkan ikatan persahabatan dengan kawan2 korang...


Sunday, August 14, 2011

Paradoks - The Anthology -, Kisah Seram Bersiri


Adakah anda seorang peminat kisah seram? ya? kalau ya tentu anda semua begitu teruja nak tau apa itu paradoks ni kan.. blog paradoks ni merupakan sebauh blog yang baru saja dihasilkan oleh seorang individu yang bagi aku sangat berbakat dalam menghasilkan kisah-kisah yang mampu untuk menarik perhatian pembaca... Walaupun beliau ni bukan lah penulis handal setanding Tamar Jalis.. namun bagi aku kasil kerja die ni sangat menarik.. mana x nya.. masa aku baca kisah2 Paradoks ni aku mula tertarik dengan jalan ceritanya... kisah yang cuba disampaikan simple je.. tapi ada energi tersendiri yang membuatkan kita nak baca kisah selanjutnya walaupun baru baca 1 perenggan... penulis ni sebenarnya bukanlah org ternama ataupon penulis novel atau cerpen yang terkenal di malaysia, hanya seorang individu yang kreatif dalam bidang penulisan ini... Paradoks ni merupakan hasil himpunan karya penulisan penulis. kisah-kisah yang diselitkan dalam siri paradoks ini merupakan kisah benar yang diceritakan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, kisah urban lagend dan juga kisah hasil buah fikiran penulis sendiri... satu permulaan yang bagus bagi beliu untuk terus mengembangkan bakat beliau ni... asalnye die ni cuma publishkan hasil penulisan die kat facebook je malalui kaedah note post.. tp sekarang ni dah mula berjinak dlm mengunakan kaedah blogging untuk mem'publish'kan siri Paradoks nih... harap lepas ni penulis bolehlah mempertajamkan skill penulisan beliau dan mana tau satu hari nanti penulis mampu untuk menm'publish'kan hasil kerja beliau dalam bentuk buku berjilid pulak kan... ape pon nanti korang baca la sendiri kisah-kisah seram, aneh dan psiko dalam blog paradoks -the anthology nih... harap korang enjoy yer...


klick gamba kat bawah ni untuk direct terus ke blog paradoks-the anthology ( lepas click link kat bawah ni akan klua satu tetingkap adf.ly.. so just tekan je skip ads belah atas kanan)
paradoks

Monday, August 8, 2011

OH PUASA!!!




Assalamualaikum... geng semua sehat ke tidak?? harap2 sehat la yer... hehe.. alhamdulillah.. syukur ke hadrad Allah sebab atas limpah kurnianya dengan nnyawa dan kesihatan yang masih baik ni dapat jugak aku merasa lagi ramadhan tahun ni... bukan senang kita nak menghadapi bulan mulia ni... dengan pelbagai cabaran2 secara langsung mahu pun tidak... dalam kita cuba utk menimba sebanyak mana pahala, dalam kita berusaha beribadah sebaik mungkin.. ada je perkara2 yang akan menggoda kita utk buat sesuatu yang x elok.. akan ada je perkara2 yang bakal melemahkan semangat kita dan pasti ada perkara2 yang boleh menhurangkan pahala puasa kita...

pejam celik.. rupanya dah seminggu lebih kite berpuasa rupenye.. sekejap je masa berlalu kan.. korang dah ada yang tinggal puasa x?? kalau yang pompuan tu x kesah sngt yang laki ni ha... kalau ade tinggal x pe la.. mungkin korang x mampu nak tahan kan.. mungkin ade sebab.. x pe... yang penting nnti ganti la puasa tu tau... sepanjang puasa yang baru seminggu lebih ni aku dpt tgk bnyak perkara yang tak brapa bes berlaku.. perkara yang boleh menjejaskan semangat kita di bulan puasa, perkara yang mengganggu kita utk menjalani ibadah puasa... bende ape yang x bes ni?? haa nia aku nak cerita sikit ni...

yang pertama skali bunyi mercun berdentam dentum... knape aku kate bes, sbb sehari sblm puasa hari tu aku dah start denga bunyi meletup2 ni.. pehh.. sambut puasa main mercun.. meriah2... tp yang menjadikan x brape best bile budak2 ni main mercun kat surau.. alamak.. aku kalau budak2 main2 kat surau bising2 tu aku x kesah sngt (sbb aku kecik2 pon cam tu gak) tp masuk bab mercun mmg aku agak marah gak la..sbb zaman aku dulu, mane brani nak main mercun kat surau, dah tu pulak x de nak main mercun2 bola ni... habis kuat mercun padi yang merah tu je(hahaha.. jgn tiru amalan main mercun ye kengkawan)... mercun tu paham2 la.. bunyi bukan kuat mana pon kan... tp bila zaman makin moden ni muncul pulak mercun bola, mercun ketupat, rendang semua la yang bunyinye teramat lah dasat.. sampai ade makmum dekat surau aku tu hampir2 nak melompat denga tetibe je mercun tu meletup.. aku x salahkan bebudak ni kalau dorang main mercun.. sbb dorang budak, tau nak seronok.. yang aku marah dekat pembekal2 mercun ni.. dah tau kat malaysia ni diharamkan jual mercun cam tu.. stil nak jual.. dan yang buat aku sedikit pelik, mane dorang dapat bekalan mercun nih ekk?? seludup dari sapa?? bkn ke mercun2 yang seludup tu dah dirampas?? mungin ade yang terlepas la kot.. tp spatutnye pihak berkuasa perlu lebih agresif dalam menangani isu penyeludupan dan pengedaran mercun ni... x kan pihak berkuasa x buat keja kot kan... mak bapak pon kene slalu pantau anak2 ni supaya dorang x main mercun... 'ala kalau kat rumah boleh la nak pantau tapi kalau kat luar cam ne nak pantau?'<--- ni la alasan ibu bapa bila dikemukakan isu ni.. ibu bapa boleh buat spotcheck pd anak2.. mercun tu bukan nye lutsinar yang kite x le nampak.. sorok dkt mana pon mesti jumpa pnye kan... pihak berkuasa pon sama gak.. bila dah rampas mercun ni jgn la simpan dlm stor.. nnti ada tangan2 licik akan menyelinap ambil mercun2 ni utk dijadikan side income atau untuk kegunaan sendiri (err.. maksudnye utk anak2 di rumah la.. )... bila da rampas mercun tu lupuskan.. nak bakar mmg la bahaya.. so guna inisiatif lain.. rendam dalam air ke.. tanam ke... supaya mercun tu trus x leh nak digunakan lg.. dan pihak berkuasa perlu peka.. area2 yang ade bunyi mercun tu g pantau.. siasat siapa dalang yang mengedar mercun ni.... dan ibu bapa lak.. kalau ank tu dah putus jari.. jgn salahkan dorang plak.. dorang budak.. tau nak seronok.. salahkan pengedar mercun ni sebab pasal die la anak2 anda putus jari.. kalau deorang x edar mercun x kan ade nye putus2 jari sebab mercun ni...

ni la mercun bola nameye.. bahaya ni.. ada kes member aku nmpak budak baling mercu ni ke arah sekumpulan monyet kat kampung die.. munyet tu amek.. pastu mercun tu meletup.. hancur muka monyet tu.. mati...



ha.. tu bab mercun.. yang kedua ni bab solat terawikh.. masa hari pertama aku g terawikh.. pehh.. nak parking pon susa kat surau tempat aku tu.. punye la ramai.. sampai melimpah2 surau tu dgn kehadiran jemaah... then hari kedua.. dah x penuh dah saf.. sampai sekarang.. dah tinggal separuh saf je.. aduh.. apa macam ni?? x kan bersemangat nak buat terawikh awal2 bulan je kot.. kne ingt.. bulan puasa ni pahala bnyak kalau buat ibadah samada sunat atau yang wajib..

so ambil peluang ni utk dekatkan diri dgn allah... ni x.. malam2 terakhir ramadhan tinggal 3 saf je.. 4-5 hari sblm raya, tinggal pak imam dgn pak bilal je pasal semua sebok nak beli baju raya.. tu pon kalau pak bilal balik kampung tinggal imam je sorang... ape pon cuba kita fikir balik, knapa x beli baju raya sebelum bulan puasa? sedangkan cara itu lebih baik.. mmg org akan kata kite sangat bersemangat nak beraya.. org akan sindir 'ala, puasa x lagi da beli baju raya ni pk nak raya ke pk nak puasa ni??'.. Aku ada jawapan utk counter soalan tu.. haha.. jawapan die 'saya membeli persiapan raya keranan saya nak bersedia utk menghadapi bulan ramadhan ni.. bulan ramadhan ni sebulan je dalam setahun, jadi saya nak fokus utk beribadat dan fokus utk menjalani bulan puasa ni dengan sesempurna mungkin.. lagipon kalau dah buat persiapan sebelum puasa ni, senang.. dekat2 nak raya x payah nak bersesak2 ke pasaraya nak cari baju raya ke ape.. sebab dalam 10 malam terakhir ramadhan kan Allah dah berikan malam al-qadar utk kita cari, so senang nak fokus utk mencari malam tu..' amacam gempak x jawapan aku hahaha... ape pon kite patut dlm bulan yang mulia ni perlu fokus lebih pd ibadah.. tolak tepi la kejap hal2 yang x patut tu... kan.. kan..



dan yang lagi satu ni yang aku paling x tau nak buat cam ne.. sesetengah manusia terutama kaum hawa ni suka sngt pakai baju yang sendat2..... dadeh sana... buka sini.. nak tayang asset yang berharga tu.. adui.. bila ditanya puasa x?? dijawab puasa la.. kan wajib sbg umat islam... tp bila ditanya knapa pakai sendat2?? knapa pakai seksi? kan wajib jugak dalam islam.. dijawabnye pulak.. ala.. kami blum bersedia lg la tunggu la bila hati dah terbuka nnti kmi pakai la yang tertutup litup.. adoi la.. parah... bila hati dah terbuka?? bila, setahun? 2 tahun?? dengar sini cek mek sekelian.. sementara masih ada masa ni jalankan la kewajipan korang tutp aurat tu.. maklum la.. ajal maut di tgn tuhan.. buatnye besok allah utuskan malaikatul maut ambil nyawa korang... sempat ke korang nak berubah?


haa.. lgpn.. korang pakai seksi2 ni kalau korang je yang dpt dosa x pe la.. ni sampai org sekeliling pon turut terjebak sama.. adeh.. kurus puasa kami2 ni cik adik... kalau x nak berubah 100% skali pon, hormat la bulan ramadhan ni.. itu baru yang pakai seksi.. ni yang kapel2 ni pulak.. x kira bulan puasa ke x.. dok berpeluk berkepit bercumbuan mesra dg pasangan memasing.. apekejadah.. korang kalau nampak anjing korang cuba nak jauh sbb x nak tersentuh.. najis...

senajis2 anjing tu pon kite boleh samak lagi... tp dosa sentuh awek/pakwe yang dah sah2 haram dalam islam tu nak samak cam ne?? cube bagitau.. betaubat la jawapan nye.. tp dari mulut mmg senang nak ucap sy bertaubat.. tp tulus dari hati mcm mana plk?? taubat yang diterima ialah taubat yang datangnya dari hati.. bukan mulut semata2 tau.. bawak2 la berubah.. sia2 korang puasa kalau yang dapat cuma lapar dan dahaga... so.. from now on.. berubah la ye sahabat2... wassalam..