Monday, August 15, 2011

Fenomena Berbuka Di Atas Padang

Assalamualaikum geng, sehat dak semua? harap masih sehat la dan boleh meneruskan ibadah puasa nih.. hari ni aku nak bercerita sikit tentang Fenomena yang melanda bandar Kuantan sejak 2 ke 3 tahun lepas.. fenomena berbuka di padang MPK2.. dekat tempat lain x tau la ade ke tak event macam ni sebab setau aku tempat-tempat lain belum ada, kalau ada pun kirenye lepas fenomena ni melanda kuantan dulu.. setiap kali bulan puasa mesti akan ramai yang bertandang ke padang MPK ni sebab nak berbuka..

situasi berbuka di sana amat meriah, mana tak nye.. sebalah padang tu ade bazar ramadan.. so kalau nak berbuka senang, beli je kat bazar sebelah tu dah boleh berbuka di padang tu.. Keadaan di sana amat unik sehingga menarik minat pelancong jugak untuk bersama-sama meramaikan keadaan.. asalnye dekat padang tu gelap je, x de lampu.. disebabkan fenomena ini, majlis bandaran telah memasang lampu sorot utuk menerangi kawasan padang tu...

selain tu tong sampah juga telah disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berbuka di situ untuk buang segala sampah dan sisa makanan dorang... aku pon x melepaskan peluang untuk berbuka kat situ sekurang-kurangnye setahun sekali.. Yang lebih memudahkan lagi ialah kedudukan padang yang bersebelahan dengan masjid negeri, so lepas da sedap makan boleh la berjemaah kat masjid...
Yang menyeronokkan ialah melihat gelagat pengunjung yang hadir, ada yang datang bersama keluarga, dan tidak terlepas juga golongan muda yang datang dengan member-member dorang...

ada jugak la yang datang berdua dengan boipren/girlpren masing2... Kanak-kanak yang datang juga tidak terlepas berkenalan dengan kawan baru.. dan kalau dah kanak2 biasa la kan, mesti ada sesi bermain dulu sebelum berbuka.. dah nama pon padang, kat situ ada tiang gol, so budak2 ni pon tak melepaskan peluang untuk main bola kat situ... mungkin masing2 tengah berangan jadik safee sali atau safiq rahim kot.. hehe.. seronok pulak tengok dorang mian bola.. ase nak join jer...

Walaupon keadaan kat situ sangat meriah, tapi kemeriahan tu dicemari oleh 3 perkara yang x brape best untuk dipandang dan dirasai... yang pertama sampah, pihak majlis bandaran dah sediakan banyak tong sampah di sekitar padang bagi memudahkan pengunjung buang sampah.. tp masih ada yang jenis sengal beluncas tak de kesedaran sivik.. lepas makan tinggal je sampah2 dorang atas padang.. nak kate kecik2 lagi masing2 dah besa panjang dah, dah kira layak nak kawen dah.. tp masih otak letak kat lutut.. x reti nak jaga kebersihan... cuba kalau korang la orang pegi rumah korang buat sampah pastu tinggal.. ape korang rase?? mesti marah kan... so.. kepada individu yang otak letak kat lutut ni sila la ubah sikap.. jaga kebersihan padang tu...

perkara yang kedua ni yang paling aku x paham... masjid sebelah padang je, tapi x reti2 nak g masjid berjemaah.. orang kat padang sikit punye ramai.. tp mase aku solat berjemaah kat masjid, ada 3 saf jer.. mana hilang yang lain2.. semua masih leka dibuai kekenyangan kat padang tu.. yang pelik ade sekumpulan jejaka bajet market ni datang dgn awek2 masing2... masa on the way aku nak ke masjid tu aku nampak dorang dah abis makan... then lepas solat aku tengok dorang still dok situ x berganjak... adey.. masjid sebelah pon still x de kesedaran nak g masjid ke?? pas tu dah lama2 aku perhatikan dorang, dorang belah cam tu je.. tp aku bersangka baik la.. mebi dorang solat kat rumah.. pun begitu aku tetap x paham.. ustaz aku pernah kata, bagi kaum lelaki, disunatkan solat berjemaah kat masjid kalau mampu... ni masjid kat sebelah je.. x reti nak berjemaah.. ustaz aku kata lagi yang hukum sunat untuk lelaki berjemaah ni die punye level sikit lagi nak sampai wajib.. maksudnye disini bagi kaum lelaki kalau x sakit atau x de halangan memang ditegaskan untuk berjemaah...

Perkara yang terakhir ni fenomena biasa la bulan2 puasa ni.. pasal mercun.. ingatkan tengah2 bandar x de la bunyi mercun.. tp ade jugak.. masa solat pon mercun bunyi cam ade perang tengah berlaku.. bukan tu je.. budak2 ni main mercun die pakai baling je atas rumput tu.. so kadang2 orang x perasan ade mercun kat situ tau2 meletup je.. macam aku tadi... nasib baik aku x terpijak mercun tu.. mercun tu meletup sipi-sipi je ngan kaki aku (x de la sipi sangat.. kire jarak selamat la).... buatnye kalau ade orang x perasan terpijak mercun tu then mercun tu meletup.. kan ke ke hospital jawabnye.. Ibu bapa pon macam bagi galakan kat anak2 untuk main mercun.. ish ish... kalau nak bg main pon bagi main mercun pop pop dengan mercun padi cukup la.. sebab dua2 ni lebih selamat... bukan takat budak je.. yang dah dewasa pon tunjuk skill bakar mercun bunga api yang macam orang sambut new year tu.. dah la pasang dekat kawasan banyak orang.. buatnye mase cucuh tu mercun tu tergolek then tertembak orang ramai.. x ke naya... nak kata bongok asenye dah besa panjang.. tak tau la ape nak jadi... yang paling best.. kat area bazar tu ade jual mercun secara terbuka... dan pulak kat situ ade polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung kat padang tu... polis ni plak bile tengok org jual mercun, main mercun.. dorang mcam buat x nampak je.. apekejadah...

Walaupon ade beberapa perkara yang agak mencemarkan aktiviti berbuka kat padang ni.. tapi ianya still menyeronokkan.. dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.. dapat menjalinkan silaturahim dengan orang lain.. dapat jugak mengukuhkan ikatan persahabatan dengan kawan2 korang...


1 comment: