Tuesday, May 31, 2011

Design Baju yang telah ditempah orang dan wallpaper terbaru..

Dah agak lama aku x post hasil kerja aku kat sini.. asyik post pasal perkara2 semasa je kan.. ni aku nak post hasil terbaru.. design baju dan wallpaper yang baru aku hasilkan.. design baju tu aku buat untuk seorang rakan yang nak buat reunion.. wallpaper lak aku buat untuk suka2.. hobi bagi hilangkan kebosanan...

design baju...







wallpaper

MISI PELAYARAN BANTUAN KE GAZA YANG KE-2

Masih ingat perkara yang terjadi pada tahun lalu? flotila kemanusiaan dalam pelayaran ke gaza telah diserang oleh tentera Comando Israel di perairan antarabangsa... dalam kejadian itu 9 orang aktivis kemanusian warga turki telah terkorban akibat detembak oleh tentera Syaitan itu.. walaupun sudah melakukan kesalahan dengan menembak orang awam yang tidak bersenjata, Israel masih menafikan mereka melakukan kesalahan... dan pada tahun ini, tanggal 15/6/2011, satu lagi konvoi pelayaran kemanusiaan ke gaza akan dihantar lagi.. Dan kali ini kapal Mvi Marmara sekali lagi akan digunakan untuk menghantar bekalan kemanusiaan ke gaza... hope kali ni misi akan berjaya... malaysia dah hantar satu kapal sebelum ni yang membawa paip PVC untuk membaiki sistem pembetungan di gaza namun telah diserang oleh Israel di perairan Mesir..

Sunday, May 29, 2011

MANUSIA PENDEK AKAL BELASAH KUCING

AKu ade baca metro ahad tadi... terkejut dengan satu artikel pasal kucing dibelasah remaja... bodoh punye remaja... kejadian ni jadi pasal kat area tu ada khabar angin yang perompak pakai ilmu hitam jadi kucing utk masuk umah org... x silap kucing yang dipukul ni kne pukul sebab deorang kate bile suluh kucing tu mata die bersilau warna merah.. memang bodoh... kat malaysia ni buku bersepah2, program tv tentang haiwan pon banyak... ni la akibatnye kurang minat nak menimba ilmu tentang alam semulajadi.. terlalu fokus pada matapelajaran skolah sajer... mata haiwan bersinar warna merah pasah binatang tu jantan, die nak bezakan antare jantan n betina melalui silauan mata tu la.. kalau putih kebiruan tandanye tu betina... tu la.. buku tentang haiwan banyak.. tp x nak baca, kat internet pon banyak pasal haiwan.. tp x de minat nak amek tau.. tau nak facebook je... kat bawah ni artikel pasal kucing tu..

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.


Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.


“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.


“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.


“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.


“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.


“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.


Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.


“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.

Thursday, May 26, 2011

BUDAYA COUPLE....

Couple sebenanye memang dah x asing lagi dlam kehidupn moden.. boleh kate semue orang nak kapel.. yang x de kape akan rase dirinye x sesempurna org lain... apebende la.. x de kapel baru kot.. bukan x de duit... sebenanye kapel ni budaya sosial yang sangat tidak sihat.. budaya sosial yang selalunye mencuba untuk menarik individu2 yang bergelar manusia untuk melangkah ke alam kemaksiatan... kenape aku cakap cam ni?? sebab dengan perkataan 'COUPLE' ni manusia(yang muslim) telah menghalalkan perbuatan haram... nak berkasih sayang sesama manusia tidak salah.. tapi ikut garis panduan yang dah ditetapkan oleh islam... mengapa aku kate kapel ni telah menghalalkan perbuatan haram?? contohnye berpegangan tangan antara 2 individu bukan muhrim... dalam islam ternyata ianya haram... dan pasangan kapel yang kita lihat sekarang ni berapa ramai yang mengamalkan garis panduan ni? bole bilang dengan jari... bila islam dah menetapkan ianya haram.. so x de perkara yang boleh menghalalkan bende ni selain Bernikah... ya.. bila korang bernikah korang nak pegang ke, peluk ke.. cium ke.. tu ikot sukati korang la.. selagi korang bukan bergelar suami isteri... ianya HARAM.... yang kedua... berdua-duaan.. dalam islan telah diterangkan jika seorang lelaki ingin bertemu dengan seorang perempuan.. perlu ada mahram yang boleh dipercayai di pihak perempuan... tapi sekarang.. kapel kelua mesti berdua punye kan?? kalau adik ke nak ikot boleh plak si kakak sound 'sebok la adik ni.. adik kecik lagi x boleh ikot' atau 'adoi semak la kau ni, aku nak klua dgn pakwe aku pon ko nak ikot.. x de privacy'.. privacy kepala hangguk korang... kalu dah dinyatakan haram maka x perlu buat la... nak pulak pasangan skarang ni terlalu nak privacy, dating sampai tengah malam... sampai pagi.. sume tu dah boleh menimbulkan syak.. dunia skarang mcm2 leh jadi dik oii.. sejauh mane pn kepercayaan kite beri.. tp kalau nafsu dah menghujani kawalan minda... rosak.. rosak... ni pulak zaman skarang... dah pandai melangkah ke tahap yang lebih drastik.. menjalinkan hubungan luar nikah... dah la tu siap bangga g rakam n tayang kat member2... budak sekarang ni kecik2 pon da pandai kapel.. ape nak jadi.. bila ditanya kenapa kapel?? dijawab 'ala.. sume orang ade kapel.. aku x de.. malu laa.. x market..'.. market mane sangat.. korang kapel tu leh bawak ke syurga ke?? lagi ditanya, kenape pegang tangan.. kan haram.. dijawab pulak 'alah.. pegang tangan tu biasa la.. ikut trend.. malu la kalu kapel x pegang tangan.. nnti org kate hubungan retak lak kan.. so nak jage hubungan di mate masyarakat la.' hubungan korang di mata masyarakat korang nak jage.. hubungan korang di mata Allah x nak jage?? lagi satu.. hubungan korang dengan Allah korang x nak jage lak?? Dan ditanya pulak kenape klua berdua2an ni?? dan jawapan biasanya 'Aah.. kitorangkan kapel biasa la tu.. macam kau x pernah kapel?' aku memang x pernah kapel... korang yang berkapel.. berdua2 an dengan pasangan bangga.. tp berdua2an dengan Allah(solat) korang x jaga.. x guna la weh... so.. pilirlah wahai anak adam... kite idop kat dunia ni kejap je.. entah besok lusa pon Tuhan bole arah izrail cabut nayawa... insaf la umat Muhammad... insaflah..

STATUS FACEBOOK PALING SESUAI UNTUK DILETAKKAN..

ramai orang sekarang ni dah hebat guna facebook. golongan paling banyak yang guna facebook ni pulak golongan muda mudi. dan yang paling best kat facebook ni korang boleh taruk status perhubungan korang bagi orang laen tau.. ni aku nak share tips terbaek untuk korang taruk status korang....

1. single
terbaik untuk yang belum ada apa2 hubungan rasmi seperti bertunang atau berkahwin.. sebab ini boleh elakkan orang kata belakang, fitnah sekaligus tidak membuka aib kite kalau ada somting jadi kat hubungan kita tu.

2. in relationship
tak sesuai digunakan walaupun korang ada hubungan kawan dengan orang lain. sebab bila ada kita letakkan status ni, orang akan memberi andaian yang bukan2.. memang ada yang baik.. tp untuk elak aib kita mahupun orang lain dan fitnah.. elakkan guna

3. open relationship
maksudnye dalam hubungan terbuka.. masih tak sesuai digunakan sebab masih boleh menimbulkan syak dan fitnah

4. enggaged
sangat sesuai untuk pasangan yang bertunang.. dan bila dah bertunang tu jagalah batas perhubungan anda tu, jangan sampai terputus sudah.. bukan ke itu akan mengaibkan kita?? lagipun islam x galak kita mengheboh-hebohkan pertunangan.. bertunang baru, x tentu kahwin lagi.

5. married
yang ni plak memang gnam ngan golongan yang berkahwin dan sama gak, kena jaga hubungan laa.. kalau terputus cam ne?? aib diri sendiri je kan..

5. its complicated
sangat tak sesuai.. ibarat menghebohkan masalah perhubungan kite kat orang.. memang la ade yang simpati.. tapi ade jugak yang mencaci.. ini merupakan status yang bakal menimbulkan aib kita kat orang ramai...

ramai kite tengok skarang muda mudi yang hangat bercinte taruk in relationship.. bangga nak tayang konon diri tu market.. tapi pelik... in relationship bangga nak tayang, in relationship dengan Allah mcm ne lak?? jage tak?? status in relationship tu sebenanye titik mula untuk akidah kite terpesong (pendapat aku la.. korang pnye pendapat x tau la cam ne). dan aku yakin nanti ade yang mengeluarkan hujah-hujah untuk mempertahankan status inrelationship ni. aku cume bagi tips, sape nai ikut ikut la, yang x nak ikut pon x pe, x jejas ape-ape pon. sebelum korang nak bahas mcm-macm hujah nak pertahankan status korang tu ingat balek.. berkapel tu ade syarat, syarat die jage batas-batas pergaulan, kalau nak keluar tu kene ade teman yang boleh dipercayai(untuk gadis sunti la). kenape aku bgtau batas-batas ni sebab ape, sebab kebanyakan golongan muda guna status ni utk membolehkan gambar korang ngan pasangan korang diupload gan bangganya( gambar berdua-duaan, pegang tangan.. ni semua haram)... dan bila gamba mcam ni diupload secara tak langsung aib korang dah dibuka secara automatik.... fikir2kan la sahabat semua...

GAMBAR KONVO AKU..

Seperti yang dijanjikan.. aku akan upload gambau2 aku kat sini.. Disebabkan tak de camera.. dan x de jurukamera.. so gamba aku n family aku x banyak bileh aku snap.. tp gamba ngan family orang lain banyak pasal deorang yang nak aku join tangkap gambau.. hehehe...

Ni gamba ngan Family aku.. hehe.. x banyak pon....




ni lak gambau x-clue-sive.. hehehe.. jgn mare...







Wednesday, May 25, 2011

KONVO DAH ABES!!!

Akhirnye, selesai sudah majlis konvokesyen polisas ke-32 sidang 2... aku pon akhirnye dah berjaya menggenggam 2 gulung diploma (pasal 1 versi bahasa melayu, 1 lagi versi english) huhu... ape pon hari ni sangat2 best dan meriah.. bertemu dengan muka2 lama... bertemu dengan tenaga pengajar yang sempoi2... dapt beramah mesra dengan family member2 dan sekaligus dapat menjalinkan ikatan silaturahim yang lebih mantob antare aku dan sahabat2... acara berjalan dengan lancar... dan tiada perkara yang tak diingini berlaku.. x de masalah teknikal yang boleh mencacatkan majlis.. cuma ada suara2 sumbang yang bersorak ketika sahabat meraka tu naik pentas,,, ape ke jakun sangat la deorang ni.. mencemarkan kesempurnaan majlis tu... pun begitu x de la kejadian yang melampaui batas berlaku... kire masih terkawal la majlis tu... dirasmikan oleh ahli dewan undangan negeri kawasan Semambu, Yb.Dato. Pang Tsu Ming yang kurang lancar berbahasa melayu, majlis diserikan dengan simbolik perarakan msuk dengan membawa Cokmar perasmian.. abes pengarah n perasmi berucap... Tiba la masenye graduan2 polisas untuk jabatan kejuruteraan elektrik dan jabatan kejuruteraan mekanikal mengambil diploma masing2... abes sume tu.. makan time... nasik memang tip top wa cakap lu.. abah aku sampai tambah nasik... punye la sedap... hehe.. then aku pulangkan jubah konvo dan dapat lak cenderamata dari polisas... mak aku bagi aku bunga.. herge rm15.... beli time orag baru nak buka gerai pagi2 lagi dah... hehe.. thanks mak... abes acara sume.. aku pon balik umah, singgah kedai beli Harian metro.. bukak2.. peh... member aku Bobo atau name sebenarnye Anuar mohd Zaki masuk paper.. haha.. dengan tajuk OBESITI BUKAN PENGHALANG.... heheh.. tahniah bobo dapat masuk paper.. aku ni bukan takat paper... majalah sekolah pon muke aku sipi2 je... heheh... pape pon.. today is the best day ever lah... gamba akan menyusul kemudian yer....

Tuesday, May 24, 2011

REUNITE BEBEH!!!!!

HAHAHAHAHA... Raptai konvo sudah berlalu.. memang menggumbirakan.. kami ahli2 kelas DKM sesi ke-2 tahun 2007 (kemasukan awal 2008) telah bersatu kembali.. untuk 2 hari je pun tp memang bermaknan.. mengembalikan kenangan mase study dulu2...haha.. asing2 ade yang dah berubah.. jadik lebih matang.. tp ade gak yang same je perangai... heheh... aku bkn takat gembira sebab jumpe geng 1 kelas jer.. member2 dari kelas dan jurusan lain pon ade.. bertambah seronok... semua memancarkan sinar ceria dari wajah.. maklum la.. dah dekat 6 bulan x jumpe.. dan yang aku suka sangat.. geng power ranger DKM kembali bersatu.. cuma kekurangan 1 ahli sebab x lepas 1 paper.. so die konvo thn depan... tp pape pon... perjalanan raptai lancar.. cuma yang membuatkan sedikit kecacatan ialah ade 1 perkara yang x dinyatakan sblm ni dinyatakan last minute cam nih... duit gambar rm30.. sebelum ni x dinyatakan perlu bawak duit tu mase raptai.. tau2 dpt die pnye borang.. tertulis disitu 'WAJIB DIBAYAR SELEPAS RAPTAI'.. aku mane bawak duit.. kawtim2 ngan brader yang tngkap gamba tu.. die kate esok pagi boleh.. alhamdulillah.. tapi pape pon.. nnti aku update sal konvo lak.. klau ade gamba aku sertekan skali...

Sunday, May 22, 2011

KEMPEN PAKAI JERSI HARIMAU MALAYA...

Seperti yang kite tau bahawasanya x lame lagi malaysia akan menentang beberapa kelab gergasi liga inggeris... dan seperti yang kite tau kat malaysia ni ramai peminat liga inggeris.... memang bagus sebab kebanyakan rakyat malaysia ni mengambil tau tentang perkembangan bola kat luar negara... dan aku tau kat malaysia ni ramai yang fanatik giler ngan chelsea, liverpool dan arsenal.... knape aku sebut 3 kelab ni.. sbb malaysia telah dijadualkan untuk menentang pasukan2 hebat ni.... masih ingat pada tahun 2009 dimana malaysia menentang man.u?.. kalau ingat mesti korang ingat kan 'tragedi' yang menyayat hati berlaku kat stadium mase tu... kalau x ingat.. tgk gamba bawah ni aku nak kasi ingat balek..



Haa.. amacam.. dah ingat?? ape?? masih x ingat... cube korang tengok betol2 gamba tu.. pada malam perlawanan, bukit jalil dah bertukar jadi old traford... bukan hitam kuning yang membanjiri stadium.. tapi lautan merah the red devil... ape ni?? kite rakyat malaysia... tunjuk la support siket... x kan malaysia lawan pon nak support team laen.. tau la peminat kan.. tapi kite rakyat malaysia.. patut negara kite dulu kite kene utamakan... bukan aku kate x payah sokong deorang tu.. cume utamakan tanah tumpah darah kite dulu... cuba korang bayangkan... pemain2 kita.. bermain kat negara sendiri... tapi penyokong semua sokong pihak lawan.. cuba korang bayangkan macam mane mentaliti deorang... tergugat beb... seolah2 rakyat malaysia ni nak tengok pasukan kebangsaan kite tewas... kalau korang pon cube korang bayangkan.. korang main satu permainan kat rumah korang dengan sahabat baik korang.. tp family korang sume sokong kawan korng tu.. ape korang rase.. hampa kan.. family sendiri x bagi support utk korang menang... cam tu gak mentaliti pemian bolasepak.. deorang tu manusia bukan robot... menang kalah tu adat permainan la beb... yang penting support... aku x nak la stadium bukit jalail kelihatan seperti gamba dibawah ni bile game nanti..



Mokhtar Dahari pernah berkata di saat hayatnya.. and i quote(stail michel cole) " if you ashamed to stand by your colours, you had better seek another flag"... renugkan la...

Saturday, May 21, 2011

AKHIRNYA..... SELESAI DAH SOAL BAJU...

Akhirnye selesi gak mission aku nak beli baju untok konvo nanti... walaupon x dpt nak beli bju melayu itam.. tp aku puas ati la sbb baju kemeja ngan blazer yang aku beli campo2 sume harge x sampai rm 100 pon... so ade lebih lagi sikit aku buat beli seluar.. tutp2 kira2 semua x sampai pon rm150... haaa.. siap leh buat beli majalah Treasure of the earth isu 2 lagi.. dapat la aku gemstone kedua untuk koleksi aku nanti.. heheh.. dah selesai da la soal baju aku... so esok soal rambot lak... panjang giler rambut ni ha.. dan tadi tengak syok2 jalan2 cari barang aku, tetibe ade seorang minah ni datang tegur aku, senyum2... laa.. rupenye nak promote kamus elektronik.. aku kate nevermind miss, i allready have one at my home( padahal x de pon)... dah tu die ofer lak cd mende ntah... aku kate x nak.. pas tu die tnye aku asal dari mane... aku ckp la kuantan.. pas tu habeh die tnye mak aku org mane. ayah aku org mane.. aku kate la mak aku penang,ayah aku kedah.. dah ulak tnye penang area mane.. aii.. ni nak promot ke nak ngorat aku ni.. aku kate la kuala muda penang... pas tu die kate 'alh.. kampung sy pon area tu jugak... dekat je'.. dlm ati aku kate.. so kalau dekat knape?? then aku buat2 tgk jam.. then blah dari situ kate da lambat nak jumpe org.... hehe...

ALAHAI KEDAI BAJU...

Alahai... puas mencari tadi... x jumpe warna hitam... ish2... tapi bukan pasal x jumpe ni yang aku nak cerite.. aku nak cerite pasal servis di tempat2 yang aku g... First skali aku pergi ke sebuah gedung jualan pakaian yang agak popular... lokasinye berhadapan dengan kompleks belia dan sukan kuantan... sebelah dengan tempat celcom... aku masuk.. peh.. selesa keadaan die... besa.. dan banyak pilihan... masuk2.. naik tingkat 2 pasal baju lelaki sume kat area tu... belek2 la baju yang ade.. segala kot dan blazer.. then nampak area baju melayu.... waa.. banyak pilihan... banyak baju yang ade.. aku pon start la mencari2 baju melayu hitam yang diingini.. dkat 15 minit aku cari kat situ... yang menariknye.. sepanjang aku mencari.. x de sorang pon pekerja yang datang n tanya 'bole sy bantu?'... x pe la.. mungkin x perasan kot.. pas tu ade aku nampak sorang pekeja tengok aku.. dlm hati.. aa.. ni mesti nak tolong ni.... tapi harapan aku meleset pasal.. lepas 10 minit aku dok cari2 kat situ.. tbe2 ilang lak pekerja tu.. adey.. servis cam mne ni?? padan aku tengok x ramai org kat stu.. servis cam haram.. kne kite lak bejalan g cari pekerja yang ade utk tanye... bukan nak kate aku malas nak panggil ke ape.. pasal lepas aku kua dari situ.. aku g sebuah lagi gedung menjual baju bertentangan dengan mydin kuantan.. baru masuk aku dah disapa dengan layanan mesra pekerja die.. 'slmt datang, oleh sy bantu?'... punye la mesra.. pas tu aku beritau la hajat aku nak beli bju melayu hitam.. then die kate x de.. boleh beza x?? tempat besar tapi layanan cam hampeh dengan tempat kecik tapi layanan first class.... pape pon aku masih terus memburu baju melayu hitam ni.. sok lak aku nak carik... huhu..

Friday, May 20, 2011

BAJU MELAYU ITAM...

Hurm... dah seminggu aku mencari... tapi masih belum ditemui... sepasang baju melayu hitam untuk aku pakai di majlis konvokesye polisas yang ke 32 nanti... dah 2 minggu mencari.. bu hari ni nak beli... harap2 jumpa la yang murah... Hari ni aku akan all out... kene beli gak walau macam mne pon.. spaye senang x yah nak risau2 dah... duit da ade.. cume perlu beli je... hehe.. dah beli nanti mesti aku nampak hensem kan... hehe... dah tu baju tu pon leh arr aku wat pakai g johor meminang bakal kakak ipar aku nnti... adey.. smlm lak ade insan yang berhati mulia nak bantu aku beli baju melayu itam tu.. tp insan berkenaan dok kat temerloh.. so.. x pasti la jadi ke tak.. pape pon aku akan ttp usehe beli baju melau itam nih.. musti.. musti....

ANAK KUCING 1 MATA!!!

Pagi tadi aku ade la belek2 surat kaba metro edisi pantai timur bertarikh jumaat, 20/5/2011... tengok muka depan ade nampak satu gambar haiwan pelik.. baca pulak tajuknye.. 'Anak Kucing Bermata Satu'.. peh.. memang aneh... anak kucing tu dikatekan diberanakkan seekor ibu kucing milik orang di tawau.. mula2 anak orang tu kate yang kucing die baru beranakkan anak kucing special tu... tapi die ingat anak die kelentong jer.. pe lagi, die g la tengok sendiri.. rupa-rupanya betul la anak kucing tu hanya ade 1 mata... dikatakan lagi anak kucing tu x de hidung dan lidah setiase terkeluar.. mungkin lidah die terkeluar sebab kecacatan fizikal kucing tu kot yang dilahirkan x de hidung, so kne bernafas ikot mulut... Sekarang ni rumah pemilik kucing tu x putus2 orang datang nak tengok kucing istimewa tu.. memang pelik... tapi bukan ape.. ni la menunjukan tuhan tu maha berkuasa... segalanya x mustahil dengan kekuasaan Allah kan.. Tapi kebiasaannye kucing ajaib macam ni x kan hidup lama.. sebab sifat die x cukup.. tp mne la tau kan.... hope x de la orang yang mengambil kesempatan menggunakan kucing mata satu ni sebagai simbol yang bole memesongkan akidah...

Wednesday, May 18, 2011

SERANG ZOMBA!!!


WHAT?!!! Kak Llimah dah jadi ZOMBA!!!! ape zomba2.. zombie... haa... skarang ni aku dah start berjinak2 dengan misi menentang zomba... haa... tapi bukan la zomba betul pon.. dalam game je.. BUkan game Left4Dead.. tp game Counter Strike Online(CSO)... Yea.. mebi ramai dah tau.. tp ade lagi yang tak tau.. yang tak tau ni nak bg tau... CSO ni merupekan game CS jugak.. tapi yang menariknye x kire dimane korang berade, jauh mane korang ngan member2 korang, slagi ade internet, korang boleh berkolaburasi atau bergabung tenaga dengan geng-geng korang.. bukan takat tu jer, korang nak lawan same sendiri pon boleh.. dan kalau koang rase korang dah handal, korang bole buat clan korang dan berperang menentang clan lain... untuk game ni terdapat beberapa game mode yang menarik.. yang pertama normal mode dimane cam main CS biase, Counter-Terorrist(CT) atau terorrist perlu menghalang misi masing masing contohnye CT perlu halang terorrist pasang C4.. atau Terorrist perlu halang CT untuk slamatkan hostage... dalam mode ni cam biase korang bole pilih nak tambah BOT ke atau nak main sesame player jer.. mode kedua lak deathmatch... mode ni memerlukan korang berperang untuk diri sendiri, x de geng.. boleh tembak sume orang... dlm mode ni samada korang membunuh atau korang dibunuh.. x de sesape akan bantu korang, x de backup.. x de geng (kecuali kalau korang main pakat ngan member2 la.. hehe).. dlm mode ni pon korang bole pilih nak pakai bot ke tak.... kemudian kite beralih lak pade mode team deathmatch.. dlm mode ni lebih kurang cam normal mode cume dlm mode ni x de mission.. maksudnye untuk satu team tu menang kene bunuh semua ahli team lawan korang... same gak cam normal mode, korang boleh pilih nak tambah BOT ke tak... Mode yang paling best ialah mode zombie dan mode zombie scenario... mode zombi, korang manusia perlu bertahan dari serangan zombi sampai masa yang diperuntukan habis, dan zombi lak kene menjangkiti manusia supaya jadi zombie.. dalam mode ni kite x bole pilih nak jadi manusia atau zombi, sebab zombi akan dipilih secara random pada setiap round... mode zombie scenario lak korang perlu bermain sebagai manusia.. dan korang perlu bertahan dari serangan zombie yang gedabak banyaknye... dalam mode ni kalau korang kene serang dek zombie, korang x kan jadi zombie tapi akan mati.... pape pon aku dah main game ni, sape yang nak merasa bole la download kat link kat bawah ni.. enjoy...

http://media.iahgames.com/CSO/CSO_Installer_V027.exe





Monday, May 16, 2011

Kapal Bantuan Tajaan Malaysia Ke Gaza diserang Israel..

Sape2 yang tengok berita mesti tau kan... si syaitan israel tu dah buat hal lagi... kali ni mreka dah attack kapal rachel corie lagi skali... rachel corie yang membawa muatan paip untuk dihantar ke gaza bagi membaiki sistem pembentungan di gaza tu disekat tentera Israel Defense Force(IDF) di perairan raffah bersempadan dengan gaza... pihak IDF telah melepaskan tembakan amaran sebanyak 4 kali menggunakan mesingan... gile tembakan amaran gune mesingan.... kemudian tentera IDF mengepung kapal tu selama lebih kurang 30 minit.. nasib baik tentera laut Mesir datang membantu setelah panggilan bantuan dibuat... rachel corie kemudiannye diiring ke pelabuhan di mesir... ape ke jadah israel ni.. die ingat mesir tu Hosni Mubarak pegang lagi ke sampai kat perairan org pon die berani nak cari pasal?? nasib hosni mubarak dah digulingkan.. lau x mungkin rachel corie akan berlabuh di pelabuhan ashdod buat kali ke-2...

Is it Hurt?? of coz it is..

sakit?? sume orang pernah rasa sakit... tapi ada satu kesakitan itu lebih bisa dari ditikam jutaa piasau.. sakit yang bersarang dalam hati... heheh... sume orang pon mesti stuju... err kalau x stuju tu.. kire wat2 stuju je la... lebih sakit bila kite terpaksi buat org yang rapat nga kiye, yag kte amek berat untuk menjauhi kite.. x kire la kawan baik, atau bekas awek atau sesape je... tapi kadang2 perkaratu adalah perkara yang terpaksa kite lakukan demi kebaikan die.. sakait yang di dalam tak siapa nampak... sebab sakitnya tu tersorok... nak pulak bile kite dah berjaya buat orang tu menjauhi kita.... memang pada zahir kite nampak gemira sebab plan dah menjadi... tp pada hakikatnye sakit yang dipendam bukan kepalang... org yang kite buat cam tu mungkin tak tau tujuan kite sakitkan hati die.... tp x pe sebab biar kite dipandang x baik oleh die.. asalkan kite tau yang lepas ni die x kan ase sakit lagi macam tu..... tp kesakitan ni akan hilang.. samada cepat atau lambat... bergantung pada kekuatan emosi seseorang itu... dan walau hilang sekalipun sakit itu.. sisa2nya tetap tertinggal dalam hati.....

Saturday, May 14, 2011

BELIA OH BELIA

Pada 15/5/2011 aku dengan member aku ade pergi ke pesta belia kuantan di padang MPK2... dan mse aku pergi tu menteri besar pahang Dato Adnan Yaakob sedang memberi ucapan tentang belia, tentang peruntukan kerajaan untuk para belia di malaysia dan beberapa agenda lain yang berkaitan dengan belia... memang bagus diadakan event2 sebegini.. ni la tande kerajaan memberi sokongan padu pada para belia malaysia ni.. akan tetapi yang amat menghampakan jumlah pengunjung(belia) yang hadir cume sikit jer.. yang adenye budak2 sekolah yang aku tgk mcm badan beruniform agaknye yang ade... tu pun sah-sah datang sebab sekolah yang bawak... para belia atas pd taraf spm cume sikit je aku tengok yag datang... mase menteri memberi ucapan, kerusi disusun banyak anggaran keluasan khemah yang ade kerusi lebih kurang 6x20 meter... yang ade org duduk cuma 2 baris depan je... ape yang buatkan majlis ni x dapat sambutan?? adakan belia sekarag kurang prihatin tentang sokongan yang telah diberikan atau even itu sendiri tiidak menarik... bagi aku, event tu kurang menarik... banyak khemah gerai didirikan.. tapi hanya 60% khemah yang ade dgunakan untuk mempamerkan dan mempromosikan perkara2 berkaitan belia.. yang lain.. khemah kosong.. disitu kite dapat lihat kelemahan pade event ni.. dan lagi satu... aktiviti pada event tu tidak berkesan.. tiada aktiviti yang cukup menarik untuk menarik perhatian belia untuk hadir.. yang menarik cuma paintball je... yang lain hanya sekadar pameran dan promosi... tapi... x boleh salahkan event gak sebab kalau belia sendiri tak de kesedaran dan tak de minat untuk menghadirkan diri dalam event2 sebegini x guna gak.. betul la kate kerajaan, belia sekarang kurang aktif dalam bepersatuan... walaupun ini bukanlah event untuk persatuan tertentu, tapi tengok jumlah hadir yag amat menyedihkan ini dapat memberi gambaran bagaimana belia bepersatuan.....

Wednesday, May 11, 2011

I AM ME AGAIN!!!


Slamat tinggal the other me.. wellcome the real me.. skarang aku adelah aku yang sebenar... aku yang x akan mudah 'cair'.. aku yang sentiase bersemangat... aku yang jiwa kosong... hahaha... bkn jiwa kosong x berjiwa tu.. tp jiwa yang sempoi jer... mulai hari ni.. aku akan jadi aku balek.. aku akan cube mencari warna2 untuk aku coretkan dalam kehidupan aku yang smakin kelam ni.. aku x nak bermood down lagi... dan aku x kan mudah putus asa cam yang abru jadik beberapa minggu lepas... so.. walaupon hati aku skarang ni x de warna... kelam... aku akan cuba kumpul balik kekuatan aku untuk hasilkan warna 100 kali lebih cantik dari yang sebelum nih.... apepon 'TINGGALKAN SEMALAM YANG SURAM SEBAB ESOK MUNGIN ADA CAHAYA INDAH YANG KITA NANTIKAN PADA HARI INI"..

Friday, May 6, 2011

STADIUM KONSEP UNTUK PIALA DUNIA 2022 DUBAI!!!

Peh.. dalam aku tengah melayari internet.. mata aku terpegun tengok gambar stadium untuk world cup kat dubai.. peh.. kagum aku tengok.. cantik dan begitu futuristic... memang pak arab dubai nak tunjuk kehebatan deorang kat dunia.. dulu deorang buat pulau... ni buat stadium gempak2 pulak... sebanyak 9 buah stadium akan dibina di dubai dan satu lagi stadium sedia ada akan diubahsuai...



Stadium Umm Slal, Doha, AKan dibina..


Sports City Stadium, Doha, Akan dibina.


Qatar University Stadium, Akan dibina.


Lusail Iconic Stadium, akan dibina.


Stadium Al-Shamal, Akan dibina.


Stadium Al-Rayyan, akan dibina.


Stadium Al-Khor, Akan dibina.


Stadium Al-Wakrah, akan dibina.


Doha Port Stadium, akan dibina



stadium al-gharafa, dah siap dibina pada 2003 tapi akan diubahsuai untuk piala dunia 2022


Tengok, cantik tak stadium ni sume? hebat2 semue kan... enjoy...