Sunday, May 29, 2011

MANUSIA PENDEK AKAL BELASAH KUCING

AKu ade baca metro ahad tadi... terkejut dengan satu artikel pasal kucing dibelasah remaja... bodoh punye remaja... kejadian ni jadi pasal kat area tu ada khabar angin yang perompak pakai ilmu hitam jadi kucing utk masuk umah org... x silap kucing yang dipukul ni kne pukul sebab deorang kate bile suluh kucing tu mata die bersilau warna merah.. memang bodoh... kat malaysia ni buku bersepah2, program tv tentang haiwan pon banyak... ni la akibatnye kurang minat nak menimba ilmu tentang alam semulajadi.. terlalu fokus pada matapelajaran skolah sajer... mata haiwan bersinar warna merah pasah binatang tu jantan, die nak bezakan antare jantan n betina melalui silauan mata tu la.. kalau putih kebiruan tandanye tu betina... tu la.. buku tentang haiwan banyak.. tp x nak baca, kat internet pon banyak pasal haiwan.. tp x de minat nak amek tau.. tau nak facebook je... kat bawah ni artikel pasal kucing tu..

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.


Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.


“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.


“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.


“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.


“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.


“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.


Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.


“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.

No comments:

Post a Comment