Thursday, March 31, 2011

FATWA APRIL FOOL... ERM.. BACA YE.. WAJIB BACA..

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Sila Lihat Juga

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

SUMBER DIPETIK DARI NOTE YANG DI POST OLEH MUHAMMAD SUKRI ABU SAMAH DI FACEBOOK

Wednesday, March 30, 2011

UNDIAN PUSINGAN KEDUA ROAD TO LONDON 2012: Malaysia Vs Lubnan

Nampaknyer undian dah dibuat... untuk pusingan kedua kelayakan olimpik pasukan Harimau Malaya akan berdepan dengan pasukan Lubnan pada 19 Jun di Lubnan dan 23 jun di Malaysia... kalau diikutkan ranking fifa memang malaysia lagi tinggi.. tapi sape tau nanti kan.. mane tau lubnan ade senjata rahsia yang boleh mengangkat negara itu dlm sukan bola sepak ke kan.. ape po.. all the best for harimau malaya...

UNDIAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ROAD TO BRAZIL 2014: Malaysia Vs Taiwan

KUALA LUMPUR (MalayaTigers.com) – Jika anak didik Ong Kim Swee diundi berdepan pasukan dari Asia Barat, lain pula jadinya untuk anak didik K.Rajagobal yang diundi bertemu Taiwan.

Direktor Pertandingan Nasional AFC, Mr. Shin Man-gil sekali lagi diberikan penghormatan untuk membuat undian dan Malaysia menjadi negara pertama yang terkena cabutan undian.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Taiwan, lawan Malaysia yang menanti di pusingan ke-2 adalah Singapura.

Perlawanan pusingan pertama di antara Malaysia menentang Taiwan akan diadakan secara timbal balik pada 29 Jun 2011 di Malaysia dan 3 Julai 2011 di Taiwan.

“Road to Brazil 2014″ bermula selepas undian menarik yang diadakan semalam di AFC House, KL untuk pusingan pertama dan kedua kelayakan zon Asia.

16 pasukan ranking terendah (berdasarkan catatan mereka semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2010) akan menentang pasukan terkuat secara timbal balik dan pemenang bagi setiap perlawanan akan bermain di pusingan ke-2.

Undian pertama menyaksikan juara ASEAN, Malaysia akan menentang Taiwan, manakala Kemboja bertemu Laos dan Sri Lanka menghadapi Filipina.

Vietnam bakal berdepan Macau, Timor Leste bertemu Nepal sementara Myanmar pula berhadapan Mongolia.

Di antara negara-negara ASEAN yang memperoleh kelayakan automatik ke pusingan ke-2 adalah Thailand, Indonesia dan Singapura.

Lapan pemenang dari pusingan pertama akan bergabung bersama-sama 22 pasukan yang layak secara automatik di pusingan ke-2 yang bakal dilangsungkan pada 23 dan 28 Julai 2011 secara timbal balik.

15 pemenang dari pusingan kedua akan menyertai 5 pasukan terbaik Asia iaitu (Jepun, Korea Republik, DPR Korea, Australia dan Bahrain) di pusingan ke-3 di mana mereka akan dibahagikan kepada lima kumpulan.

Piala Dunia FIFA 2014 Brazil – Kelayakan Zon Asia

Pusingan 1

Malaysia lwn Taiwan

Bangladesh lwn Pakistan

Kemboja lwn Laos

Sri Lanka lwn Filiphina

Afghanistan lwn Palestine

Vietnam lwn Macau

Nepal lwn Timor Leste

Mongolia lwn Myanmar

Leg 1 – 29 Jun 2011

Leg 2 – 3 July 2011

Pusingan 2

Thailand lwn Afghanistan atau Palestine

Lebanon lwn Bangladesh atau Pakistan

China lwn Kemboja atau Laos

Turkmenistan lwn Indonesia

Kuwait lwn Sri Lanka atau Filiphina

Oman lwn Mongolia atau Myanmar

Arab Saudi lwn Hong Kong

Iran lwn Maldives

Syria lwn Tajikistan

Qatar lwn Vietnam atau Macau

Iraq lwn Yemen

Singapura lwn Malaysia atau Taiwan

Uzbekistan lwn Kyrgyzstan

UAE lwn India

Jordan lwn Nepal atau Timor Leste

Leg 1 – 23 Julai 2011

Leg 2 – 28 Julai 2011

FINALY... THE ROCK IS COMEBACK HOME!!!







Haaa... sape yang x kenal the rock.. Hero pujaan aku mase zaaman budak-budak dulu.. haha.. ni nak ceriter skit nih.. sape yang tengok Monday Night RAW minggu ni mesti tau kan kemunculan kedua the rock sebelum wrestlemania 27(WM27) isnin depan pukul 9.00 pagi waktu malaysia.. RAW hari tu memang telah mengembalikan memori dan 'kegilaan' peminat2 the rock sebab the rock akhirnye beraksi sekali lagi di atas gelanggang setelah 7 tahun hilang dari dunia gusti.. memang mengharukan peminat team bring it cam aku nih... walaupon diakhirnyer john cena dengan gembiranya melakukan gerakan Attitude Adjustmunt kat the rock dari belakang.... dan pada malam itu jugak la ade sedikit kemungkinan yang john cena akan dijadikan orang jahat atau heel dlm wwe... ape pon.. x saba nak tgk aksi The People Champ kat WM27 nanti.... Sesape nak tegok cepat2 la langgan kat astro box office sports... huu...

Saturday, March 12, 2011

Sony Ericssons Theme

Khas utk pengguna sony Ericssons... theme nike versi harimau malaya untuk korang download... syarat mesti menggunakan phone sony ericssons W880 atau sebarang model yang mempunyai screen resolution yang sama dengan model ni (240x320)

http://gallery.mobile9.com/f/1797903/

Friday, March 11, 2011

FAHAMAN HAJI "KHATAM BATU' TERSEBAR DI FACEBOOK??

Sape pernah dengar Pasal Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiyah?? ape?? tak pernah.. nampak sangat tak baca paper ni.. Seperti yang dah tersiar di muka hadapan Harian Metro Jumaat, 11-3-2011, telah menyiarkan tentang satu ajaran yang sangat unik dan sangat berkebolehan untuk memesongkan akidah dan fahaman orang-orang islam kat malaysia.. Tarekat ini telah diasaskan oleh seorang Syeikh di indonesia dan mempunyai pengikut di perak.. dan beberapa negeri di semenanjung.. Page macam ni sebenarnya sangat-sangat merbahaya pada komuniti Islam di Malaysia yang mempunyai bahasa yang hampir sama dengan indonesia.. Sebabp ape, sebab cuba kita bayangkan, seorang saudara baru yang baru memeluk islam.. Jumpa page ini than terus terpengaruh... Yang lebih bahaya.. apabila saudara baru ini yang telah set mindanya bahawa tarekat yang diikikuti ini merupakan islam yang sebenar yang perlu diikut, menyebarkan dakwah pada sahabat-sahabat beliau yang bukan islam untuk memeluk islam.. dan seperti api, fahaman dan pengaruh ini akan mula tersebar meluas dan tidak dapat dibendung lagi. aku dah tengok page tarekat ni.. sekali imbas, memang tiada sebarang perkara yang membolehkan kita mendakwa page ini merupakan page yang membawa ajaran terpesong dari landasan islam sebenar... dan pada mereka-mereka yang terumbang-ambing mencari kebenaran islam yang sebenar memang akan mudah terpengaruh jika tiada pendedahan yang sewajarnya... Lagi satu 'bencana' yang boleh menimpe kite kalau kite tak bendung perkara ni.. jom kite tengok statistik pengguna laman sosial Facebook kat malaysia ni.. sebahagian besarnya golongan muda.. sehingga ada golongan kanak2 yang baru mengenal internet juga yang turut menggunakan kemudahan ini.. bayangkan.. jika golongan muda yang kurang pendedahan islam.. terjumpa page ini dan mula terpengaruh... Untuk pengetahuan.. tak salah kalau kita nak menertai tarekat tetapi tarekat itu mestilah bertepatan dan tidak melencong dari ajaran islam... Dan tadi aku tengok page tu, ramai dah org dok suruh admin tutp page tu.. dan tak kurang jugak yang jenislidah buaya dok mengutuk page dan pengikut Tarekat tu yang majoritinya orang yang berasal dari indonesia.. yang korang pegi maki hamun orang tu wat mende.. Konon la nak menegakkan kebenaran.. tapi ade Nabi ajar kite nak menegakkan kebenaran dengan mencaci dan menggunakan perkataan kesat?? untuk kite membetulkan golongan yang sesat bukan dengan cara memaki hamun.. itu cara iblis nak menyesatkan kite... sebab.. iblis la yang suruh kite maki hamun tu.. bagi orang indonesia tengok rakyat malaysia ni kurang hajar.. Kalau betul-betul nak betulkan pemikiran deorang ni.. kita kena guna kebijaksanaa.. hujah guna ilmu, bukan hujah sesuka hati... Dan lagi satu... DI malaysia memang mengelaskan tarekat ini sebagai ajaran yang menyimpang dari islam.. tp di indonesia kite tak tau kan.. ape pon.. harap kita dilindungi Allah dari sebarang godaan yang boleh menyesatkan kita...

Wednesday, March 9, 2011

MALAYSIA LWN PAKISTAN TAK DE LIVE????

Adoi... Apa macam ni.. tak der live la pulak.. dari semalam aku dah bersemangat menantikan perlawanan 2nd leg malaysia-pakistan ni.. alek2 x de live lak.. ape boleh buat.. masalah teknikal lak jadik.. disebabkan masalah gangguan siran satelit di pakistan, jadi tiada siaran langsung akan keudara.. memang frust sangat sebab tak dapat tengok... mane tak nyer, bersemangat aku ngan member aku g kedai makan yang ade pasang projektor.. dah tu paham2 la kalau da dok kedai makan tu, mesti la oder minum2 kan.. member aku siap oder roti canai 2 keping lagi... hampa gilos.. bukan aku saje yang hampa, satu malaysia hampa, aku tengok kat kedai makan tu tadi.. penuh.. orang nak tengok bola.. tapi ape leg buat.. sampai ade pakcik sorang ni siap bawak family lagi... Dari yang ramai-ramai tadi.. makin lama akin kurang.. kurang.. dan kurang.. sampai aku pon da malas nak tunggu.. aku balik la... ape leh wat.. da nasib.. kite kene paham gak sebab kat pakistan pon ade pergolakan.. ade letupan bom pagi tadi berhampiran tempat penginapan pasukan kita.. Jadi dari situ kita boleh lihat yang pakistan ni ada pergolakan yang besar.. tapi ape pon nasib baik aku kat FootballPakistan.com(FPDC) punyer fan page ade update.. nak tengok streaming internet x cukup power.. update pon jadi la.... hehehe...

Sunday, March 6, 2011

BISA SAFEE SALI

Haaa.. ramai yang dah tau kan pasal kejayaan Safee Sali kat indonesia yang bermain untuk team Pelita Jaya.. Yea.. die dah berjaya mengharumkan nama negara dengan kebijaksanaannye sebagai seorang striker.. mana taknye... die dah menyumbangkan gol sulungnya sekaligus menjadikan gol itu gol kemenangan pertama beliau di indonesia.. Sudah psati lepas ni beliau akan menempa nama di persada sukan bola sepak di indonesia pula... Bergandingan dengan pemain dari indonesia, paraguay dan ade lagi aku x pasti.. Safee Sali mempamerkan rentak cemerlang dengan cubaan demi cubaan untuk menembusi gawang lawan.. Namun tak berjaya.. pada minit ke 62.. ternyata sentuhan berbisa Safee Sali memberi Kegembiraan dan impak yang positif dari kalangan penyokong dimana gerakan 1-2 yang dilakukan dengan teman sepasukan berjaya menghasilkan sentuhan penyudah yang berbisa sekaligus menjadikan team Pelita Jaya sebagai pemenang pada perlawanan itu... Tahniah la Incik Safee Sali.. I'm Proud Of You la brader.. hehe

Saturday, March 5, 2011

KUNG FU PANDA 2!!!

YEEEHAAAAAA!!!!!!!!!!!!! WACHAA!!!!! Kung Fu Panda 2... akan menggegar panggung pada may ini.. kalau korang tengok kung fu panda 1.. korang mesti tau siapakah panda ini.. Po, seekor panda biasa yang telah diangkat sebagai Pahlawan Naga oleh Master Uguei(kura-kura tua) untuk menentang Tai Long yang jahat.. kalau korang tengok filem die sblm ni memang best giler dengan adegan lawak tahap chimpanzi yang boleh buat korang gelak sampai menangis teresak-esak.. nak pulak suara latar watak panda ni disumbang oleh Jack Black yang memang tak asing lagi dalam dunia lawak yang brutal... ape pon.. lagi satu yang bes tentang movie ni ialah.. ianya dalam 3D.. mesti lagi gempak... x sabar asenye nak tengok.. pade yang minat.. jom kite serang panggung berdekatan may ini...

Friday, March 4, 2011

WWE TITLE BELT: WWE CHAMPION (85% siap)


Ha.. ni gamba terbaru title belt aku.. masih banyak kemasan perlu dibuat...

LAMBANG ISRAEL PADA POSTER IKLAN POS MALAYSIA???


Isnin hari tu aku pergi ke pos mini sebab nak bayar bil letrek.. peh.. memang ramai la orang dok beratur nak bayar bil tu.. bersusun2 manusia ibarat semut.. dari jauh aku terlihat poster iklan setem edisi terhad pos malaysia.. setem dengan imej AFF Suzuki cup pnye piala dan medal die... dalam hati.. beli wat koleksi ok gak ni... Ilustrasi memang menarik minat aku untuk mendapatkannye.. makin lama beratur makin dekat... makin dekat.. makin dekat dan pap aku berada betul2 depan iklan.. aku tengok semua logo2 yang ada... dan tetibe aku tertarik pada satu logo yang mirip logo Champion ligue.. aku perhaikan.. aik.. nape cam lain macam je logo tu.. pas sejenak aku perhati baru aku perasan.. bintang yang digunakan ialah bintang bucu enam sebijik cam bintang pada bendera israel.. aku jadi terkejut.. mungkin sesetengah orang anggap.. ala.. bintang je pun.. tp bintang tu tetap bintang bendera israel... aku mula rasa x syok.. dah la display depan2... seperti tak prihatin dengan sensitiviti golongan yang membenci israel.. harap pos malaysia lebih peka lepas ni...

TRANSFORMERS 3: The Dark Of The Moon

YES!!! YES!!!! nampaknye peminat transformers boleh bersorak gumbira sambil bertepuk tepuk tangan dan menari samba kerana filem sekual terbaru transformers akan ditayangkan pada musim panas tahun ini di USA atau bersamaan bulan tujuh nih.. dan semestinya filem ini akan menampilkan kenderaan baru yang bakal diupgrade jadik robot.. hehe.. mesti lagi banyak robot2 yang gempak2 la kali ni.. tapi jangan jadik cam crita transformers 2 cukup la... terlalu menekan watak yang memerlukan CGI hingga jalan crita jadik bosan dan x best... harap2 kali ni kite boleh tengok transformasi yang hebat dalam crita ni..







Thursday, March 3, 2011

GOOGLE CHROME ADA APPS??



Pada yang belum tau, sekarang ni google chrome (GC) dah ade apps untuk kite semua guna.. apps die seperti game, dan lain2 lagi la.. sangat menarik, x perlu download chrome baru cume perlu update saje.. dan anda semue leh guna apps google yang best2.. ape yang korang perlu buat cuma update GC korang.. pas tu pergi ke website https://chrome.google.com/webstore?hl=en-US dan korang boleh install apps yang korang nak kat google chrome... bukan takat game je ade, sape yang ade ym tp x nak install YM kat pc or laptop korang, bukak aje di google chrome.. senang pon senang.. aplikasi map pon ade.. banyak lagi apps yang korang bole pilih kat situ...

OKU bukan penghalang

Mase aku lepak2 kat restoran kampung tengah kat kuantan ni tadi.. aku ade ternampak komuniti orang bisu kat situ.. wah.. kalau tengok pada meraka memang x nampak cam deorang tu OKU... walaupon bisu, ia tak menghalang mereka untuk bersosial di kedai2 makan... mereka bersembang guna bahasa isyarat.. dan tengok pada riak wajah mereka ibarat orang yang bersuara sedang bersembang, senyum dan mampu bekongsi cerita.. walaupun aku x paham ape yang deorang sampaikan tp aku sangat kagum.. dah tu pulak.. mereka ni x mengira kaum atau bangsa.... Melayu dan cina berborak gembira... walaupun bisu tapi komunikasi antara mereka memang mantap... dan aku pasti komunikasi mereka menggunakan bahasa insyarat lebih jelas dari kita yang bertutur menggunakan suara.. walaupun keadaan bising, segala mesej yang cuba disampaikan tentu sekali jelas.. kalau mcm kite ni bercakap.. bising skikit dah susah, kurang jelas.... aku seronok sngt tadi tengok deorang brsembang... sangat2 kagum..

2ND TITLE BELT PROJECT: PGM(PEMINAT GUSTI MALAYSIA) CHAMPION TITLE BELT

Assalamualaikum.. yeah.. korang dah nengok progress wwe campion pnye belt yang aku buat kan.. sekarang aku dalam satu mission yang agak mencabar.. mendesign dan menghasilkan PGM Champion Title belt... Untuk belt ni bagi aku agak mencabar sebab aku kene reka sendiri design die.. dan kalau korang2 sume ade design2 yang boleh aku pakai.. sile la share ngan aku... atau bole publish kat Peminat Gusti Malaysia pnye fan page kat Facebook... haa.. ape PGM ni sebena nye... PGM ni merupakan salah sebuah pertubuhan x rasmi bagi mengumpul peminat2 gusti kat malaysia ni.. kalau sebelum ni korang cume tau WWE je.. kalau korang join ni korang akan tau bnyak lg show gusti yang best best.. TNA, ROH, CZW dan banyak lagi la... haaa... dan pengasas PGM ni pulak dikenali sbg MR.PGM(nama kene dirahsiakan.. korang dah join nanti korang akan kenas la spe die ni)... so.. enjoy...

WWE TITLE BELT: WWE CHAMPION






Assalamualaikum sedare sedari semua.. da lame aku x buat posting kat sini.. rindu plak rase nakmenjadi blogger boy.. hahaha... Haaa.. ari ni aku nak tunjuk salah satu karya terbaru aku... WWE title belt.. ni yang first aku buuat.. tp lom siap lg.. dah siap aku upload la gamba die... ni aku pakai kotak je buat pon... hehe.. modal kecik.. so x de la real sngt...