Friday, March 11, 2011

FAHAMAN HAJI "KHATAM BATU' TERSEBAR DI FACEBOOK??

Sape pernah dengar Pasal Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiyah?? ape?? tak pernah.. nampak sangat tak baca paper ni.. Seperti yang dah tersiar di muka hadapan Harian Metro Jumaat, 11-3-2011, telah menyiarkan tentang satu ajaran yang sangat unik dan sangat berkebolehan untuk memesongkan akidah dan fahaman orang-orang islam kat malaysia.. Tarekat ini telah diasaskan oleh seorang Syeikh di indonesia dan mempunyai pengikut di perak.. dan beberapa negeri di semenanjung.. Page macam ni sebenarnya sangat-sangat merbahaya pada komuniti Islam di Malaysia yang mempunyai bahasa yang hampir sama dengan indonesia.. Sebabp ape, sebab cuba kita bayangkan, seorang saudara baru yang baru memeluk islam.. Jumpa page ini than terus terpengaruh... Yang lebih bahaya.. apabila saudara baru ini yang telah set mindanya bahawa tarekat yang diikikuti ini merupakan islam yang sebenar yang perlu diikut, menyebarkan dakwah pada sahabat-sahabat beliau yang bukan islam untuk memeluk islam.. dan seperti api, fahaman dan pengaruh ini akan mula tersebar meluas dan tidak dapat dibendung lagi. aku dah tengok page tarekat ni.. sekali imbas, memang tiada sebarang perkara yang membolehkan kita mendakwa page ini merupakan page yang membawa ajaran terpesong dari landasan islam sebenar... dan pada mereka-mereka yang terumbang-ambing mencari kebenaran islam yang sebenar memang akan mudah terpengaruh jika tiada pendedahan yang sewajarnya... Lagi satu 'bencana' yang boleh menimpe kite kalau kite tak bendung perkara ni.. jom kite tengok statistik pengguna laman sosial Facebook kat malaysia ni.. sebahagian besarnya golongan muda.. sehingga ada golongan kanak2 yang baru mengenal internet juga yang turut menggunakan kemudahan ini.. bayangkan.. jika golongan muda yang kurang pendedahan islam.. terjumpa page ini dan mula terpengaruh... Untuk pengetahuan.. tak salah kalau kita nak menertai tarekat tetapi tarekat itu mestilah bertepatan dan tidak melencong dari ajaran islam... Dan tadi aku tengok page tu, ramai dah org dok suruh admin tutp page tu.. dan tak kurang jugak yang jenislidah buaya dok mengutuk page dan pengikut Tarekat tu yang majoritinya orang yang berasal dari indonesia.. yang korang pegi maki hamun orang tu wat mende.. Konon la nak menegakkan kebenaran.. tapi ade Nabi ajar kite nak menegakkan kebenaran dengan mencaci dan menggunakan perkataan kesat?? untuk kite membetulkan golongan yang sesat bukan dengan cara memaki hamun.. itu cara iblis nak menyesatkan kite... sebab.. iblis la yang suruh kite maki hamun tu.. bagi orang indonesia tengok rakyat malaysia ni kurang hajar.. Kalau betul-betul nak betulkan pemikiran deorang ni.. kita kena guna kebijaksanaa.. hujah guna ilmu, bukan hujah sesuka hati... Dan lagi satu... DI malaysia memang mengelaskan tarekat ini sebagai ajaran yang menyimpang dari islam.. tp di indonesia kite tak tau kan.. ape pon.. harap kita dilindungi Allah dari sebarang godaan yang boleh menyesatkan kita...

2 comments:

  1. Pi mengaji dulu, internet bukan sumber ilmu...

    Jgn suka2 kata orang sesat

    ReplyDelete
  2. Pi mengaji dulu, internet bukan sumber ilmu...

    Jgn suka2 kata orang sesat

    ReplyDelete