Thursday, March 3, 2011

OKU bukan penghalang

Mase aku lepak2 kat restoran kampung tengah kat kuantan ni tadi.. aku ade ternampak komuniti orang bisu kat situ.. wah.. kalau tengok pada meraka memang x nampak cam deorang tu OKU... walaupon bisu, ia tak menghalang mereka untuk bersosial di kedai2 makan... mereka bersembang guna bahasa isyarat.. dan tengok pada riak wajah mereka ibarat orang yang bersuara sedang bersembang, senyum dan mampu bekongsi cerita.. walaupun aku x paham ape yang deorang sampaikan tp aku sangat kagum.. dah tu pulak.. mereka ni x mengira kaum atau bangsa.... Melayu dan cina berborak gembira... walaupun bisu tapi komunikasi antara mereka memang mantap... dan aku pasti komunikasi mereka menggunakan bahasa insyarat lebih jelas dari kita yang bertutur menggunakan suara.. walaupun keadaan bising, segala mesej yang cuba disampaikan tentu sekali jelas.. kalau mcm kite ni bercakap.. bising skikit dah susah, kurang jelas.... aku seronok sngt tadi tengok deorang brsembang... sangat2 kagum..

No comments:

Post a Comment