Wednesday, March 30, 2011

UNDIAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ROAD TO BRAZIL 2014: Malaysia Vs Taiwan

KUALA LUMPUR (MalayaTigers.com) – Jika anak didik Ong Kim Swee diundi berdepan pasukan dari Asia Barat, lain pula jadinya untuk anak didik K.Rajagobal yang diundi bertemu Taiwan.

Direktor Pertandingan Nasional AFC, Mr. Shin Man-gil sekali lagi diberikan penghormatan untuk membuat undian dan Malaysia menjadi negara pertama yang terkena cabutan undian.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Taiwan, lawan Malaysia yang menanti di pusingan ke-2 adalah Singapura.

Perlawanan pusingan pertama di antara Malaysia menentang Taiwan akan diadakan secara timbal balik pada 29 Jun 2011 di Malaysia dan 3 Julai 2011 di Taiwan.

“Road to Brazil 2014″ bermula selepas undian menarik yang diadakan semalam di AFC House, KL untuk pusingan pertama dan kedua kelayakan zon Asia.

16 pasukan ranking terendah (berdasarkan catatan mereka semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2010) akan menentang pasukan terkuat secara timbal balik dan pemenang bagi setiap perlawanan akan bermain di pusingan ke-2.

Undian pertama menyaksikan juara ASEAN, Malaysia akan menentang Taiwan, manakala Kemboja bertemu Laos dan Sri Lanka menghadapi Filipina.

Vietnam bakal berdepan Macau, Timor Leste bertemu Nepal sementara Myanmar pula berhadapan Mongolia.

Di antara negara-negara ASEAN yang memperoleh kelayakan automatik ke pusingan ke-2 adalah Thailand, Indonesia dan Singapura.

Lapan pemenang dari pusingan pertama akan bergabung bersama-sama 22 pasukan yang layak secara automatik di pusingan ke-2 yang bakal dilangsungkan pada 23 dan 28 Julai 2011 secara timbal balik.

15 pemenang dari pusingan kedua akan menyertai 5 pasukan terbaik Asia iaitu (Jepun, Korea Republik, DPR Korea, Australia dan Bahrain) di pusingan ke-3 di mana mereka akan dibahagikan kepada lima kumpulan.

Piala Dunia FIFA 2014 Brazil – Kelayakan Zon Asia

Pusingan 1

Malaysia lwn Taiwan

Bangladesh lwn Pakistan

Kemboja lwn Laos

Sri Lanka lwn Filiphina

Afghanistan lwn Palestine

Vietnam lwn Macau

Nepal lwn Timor Leste

Mongolia lwn Myanmar

Leg 1 – 29 Jun 2011

Leg 2 – 3 July 2011

Pusingan 2

Thailand lwn Afghanistan atau Palestine

Lebanon lwn Bangladesh atau Pakistan

China lwn Kemboja atau Laos

Turkmenistan lwn Indonesia

Kuwait lwn Sri Lanka atau Filiphina

Oman lwn Mongolia atau Myanmar

Arab Saudi lwn Hong Kong

Iran lwn Maldives

Syria lwn Tajikistan

Qatar lwn Vietnam atau Macau

Iraq lwn Yemen

Singapura lwn Malaysia atau Taiwan

Uzbekistan lwn Kyrgyzstan

UAE lwn India

Jordan lwn Nepal atau Timor Leste

Leg 1 – 23 Julai 2011

Leg 2 – 28 Julai 2011

No comments:

Post a Comment