Tuesday, July 5, 2011

Pengendali Myanmar, Milan Zivadinovic menganggap beberapa pemain negara layak beraksi di Eropah selepas berakhir perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mohammed ke-IV di Kota Bharu.

Pengendali daripada Serbia itu merujuk kepada penggerak bahagian tengah negara, Safiq Rahim dan S. Kunanlan yang berjaya mencuri tumpuannya ketika Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 2-0. Beliau merupakan jurulatih yang berjaya mengenal pasti bakat Michael Essien yang kini beraksi untuk Chelsea dan Sulley Muntari sewaktu membimbing pasukan kebangsaan Ghana.

"Nombor 16 (Kunanlan) boleh bermain di Eropah. Nombor 8 (Safiq) merupakan perancang cemerlang dan menakjubkan. Dia mampu beraksi di Eropah. Sekarang saya mengerti mengapa kamu (Malaysia) memenangi Piala Suzuki AFF," terangnya.


Zivadinovic berharap dapat mengaturkan satu lagi perlawanan ujian dengan pasukan Malaysia sebelum Sukan SEA bermula Disember ini dan menganggap bulan September depan adalah waktu yang sesuai. "Ini bagus untuk anda dan kami. Kami mempunyai cita-cita tinggi di Indonesia," tambahnya.




Read more: http://www.malayatigerfootball.com/2011/06/milan-zivadinovic-jurulatih-myanmar.html#ixzz1RENHK2J5

No comments:

Post a Comment