Sunday, July 3, 2011

PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA: Malaysia Melangkah ke Pusngan Kedua

Nampaknya skuad bolasepak negara kita telah berjaya melangkah ke pusingan kedua bagi sesi perlawanan pra-kelayakan piala dunia zon asia.. walaupon tumpas 2-3 semalam di stadium pembandaran taiwan.. namun kelebihan 2 gol di tempat lawan tetap melayakkan pasukan harimau malaya untuk melangkah satu tapak seterusnya dalam perjalanan menuju piala dunia di Brazil... Tebukti pasukan harimau malaya sebenarnya dah berevolusi dari kemarau kemenangan sejak bertahun-tahun... hasil kemenangan piala AFF suzuki cup dan sukan sea telah menjadi satu titik mula bagi skuad kebangsaan kita untuk pergi lebih jauh dalam memartabatkan sukan ini... berbalik pada kisah malaysia lawan taiwan.. kalau nak diikutkan pasukan Taiwan bukanlah pasukan yang boleh dijadikan 'lauk'.. berdasarkan 2 perlawanan iaitu di bukit jalil dan perlawanan timbal balik di taiwan.. ternyata dari segi kawalan bola, taktikal dan hantaran, mereka lebih baik dari pasukan negara... boleh dikatakan pemain2 malaysia susah nak pegang bola dengan lama kerana asakan demi asakan yang diberikan oleh pemain Taiwan.. Untuk sesapa yang tak tau.. pemain taiwan telah dibawa untuk berlatih di korea.. tidak haranlah kenapa pemain mereka beraksi cemerlang dalam kedua-dua perlawanan... jika nak dibandingkan dengan pemain kebangsaan.. kita lemah di bahagian pertahanan.. tiada persefahaman yang baik antara pemain membuatkan pertahanan kita bercelaru dan akhirnya kesilapan demi kesilapan dilakukan.. 3 penalti dihadiahkan kepada pasukan taiwan.. sesuatu yang sangat mendukacitakan... dan lagi, pengadil perlawanan yang sepatutnya menentukan keadilan pmermainan itu tidaklah seadil yang diharapkan.. ternyata sikap pengadil berat sebelah, setelah 2 sepakan percuma yang diberikan kepada pemain kita berjaya disempurnakan dengan cemerlang, tidak banyak lagi free kick yang diberikan kepada pasukan kita.. pengadil tersebut turut menafikan sepakan penalti yang patut diberikan selepas pemain kita dikasari dalam kotak penalti pasukan taiwan... namun begitu semangat yang ditunjukan pemain kebangsaan kita harus dipuji.. semangat harimau malaya yang kuat membuatkan mereka terus berusaha utk meneruskan perjuangan.. aku berharap lepas ni pemain dapat belajar dari kesilapan dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan midfield... utk bahagian sayap kiri dan kanan.. perlu meneruskan prestasi yang baik seperti perlawanan di tawan.. gunakan ruang dan ambil peluang sebaik mungkin...



"semangat harimau kian membara ngauman nyaring menggegar gempita.. x kan hilang semangat ini.. demi tanah tumpahnya darahku'

No comments:

Post a Comment