Tuesday, April 5, 2011

IMPAK WWE RAW 4/4/2011

Peh... walaupun kebanyakan perlawanan raw hari tu agak kureng tapi nampaknye terdapat beberapa kejutan dah dibuat..

kejutan pertama: Stonecold vs Alex Riley

kejadian berlaku ketika stone cold memperkenalkan peserta2 untuk rancangan realiti TV Tough Enough bawah WWE dimana rancangan ini bakal melahirkan bintang baru WWE... setelah semua peserta telah memperkenalkan diri masing-masing, tibe2 The Miz dan rockie beliau Alex Riley muncul sambil memperlekehkan bakat2 muda tough enouh tu... dalam masa yang sama jugak die telah memperlekahkan Stone Cold.. ketika itu sorakan dari peminat menyebut 'One More Match!!'.. miz juga meminta stone cold lawan.. tp aku ingat mula2 die akan hentak miz, Rupenye alex riley yang telah diaturkan untuk jadik bahan belasahan stone cold... alex mula menyerang tapi kesudahannye stone cold membalas serangan alex dengan pukulan bertubi-tubi dan diakhiri dengan Stuner yakni gerakan penyudah stone cold... sian alex.. jadik jobbeer dah kebelakangan nih... sian die... huhu







kejutan kedua: Kemunculan Sin Cara buat pertama kalinya

Yang ni pulak kemunculan 'the italian sensation', sin cara atau dikenali jugak sebagai mystico ketika di penghujung perlawanan antara Seamus dan Daniel Brian.. Sheamus dah penang perlawanan tu tapi ntah kenape lepas perlawanan die gi bantai lagi si daniel tu(padahal dah tau dah mmg jalan crita die cam tu)... so tiba2 sin cara muncul... gaya die masuk dalam ring memang menerujakan, dari bawah gelanggang die lompat over the top rope untuk masuk gelanggang.. dan kehebatan penggusti yang terkenal dengan aksi terbang2 ni teserlah bila dia telah 'terbang' ke luar gelanggang dan menghentam sheamus... memang mengagumkan...






http://www.blogger.cohttp://www.blogger.com/img/blank.gifm/img/blank.gif

kejutan ketiga: The rock Face 2 face dengan john cena (interupted by the corre)

Di hujung raw cena dah call out the rock untuk sedikit adegan berbalas pantun, cena telah mencabar the rock untuk satu perlawanan yang diimpikan oleh setiap peminat gusti dunia.. The rock Vs John Cena.. the clash of 2 generation, dan the rock bersetuju... pun begitu therock menyatakan perlawanan itu bakal dilangsungkan di gelanggang paling berprestij dalam dunia iaitu di Wrestlemania 28 tahun depan (lambat lagi la nampaknye).. Tetapi tiba2 the corre telah muncul untuk sesaje mencarik pasal... mula2 memang cena dan therock dipukul namun kedua2 superstar nih telah bangkit melawan.. segala gerakan penyudah di'hadiah'kan kepada setiap ahli corre, yang pertama cena guna gerakan signature nye yang u cant see me tu... then the rock pula guna the People Elbow... kemudian ade sorang lagi ahli corre naik dan cena telah menggunakan Attitude Adjustment kepada beliau.. dan akhir skali wade barret naik konon nak pukul lagi la... tetapi disudahkan oleh the rock dengan gerakan the rock bottom... nak tengok cena vs rocky?? tunggu tahun depan...














sumber gambar: wwe.com

No comments:

Post a Comment