Friday, March 16, 2012

10 Permainan Paling Mahal Di Dunia!!

Sebelum ni aku ada cerita sikit pasal 15 permainan yang mahal.. cuma bezanya permainan yang aku sebutkan sebelum ni adalah 15 Permainan termahal yang pernah dijual di Ebay.. kali ni aku nak cerita pasal 10 permainan paling mahal dalam dunia... Kalau korang bukan orang kaya, lupakan niat untuk memiliki menan-menan ni semua..

10. Matchbox Car: (USD 9,000)
Ini merupakan salah satu permainan termahal di dunia... Kereta kecik ni merupakan model mini kepada Opel Diplomat dan telah dihasilkan pada tahun 1966. Dulu sebijik kereta ni baru harga 45sen.. sekarang.. gila mahal!!!

9. Toy Mini-6mm-caliber Gun (USD 9,000)
Ini dia, Permainan impian setiap budak lelaki.. bukan je budak malah bapak budak, mahupon bukan budak lagi... Model senapang Mini-6mm-caliber buatan amerika.. Diperbuat daripada besi dan menggunakan peluru BB(bebola plastik)dan mampu menembak sama cam mesengan... gempak tak gempak?

8. Toy Sewing Machine: (USD 13,600)
Untuk pengetahuan, menan ni telah dilelong di lelongan ISMACS di London. Harga mende ni masa tu ialah 6000 pound, tapi takde sorang pon yang mengalah demi mendapatkan menan nih sehingga harga mencecah USD 13,600 dan ia berjaya dimiliki oleh sebuah syarikat British...

7. Handheld Video Game: (USD 25,000)
Ini plak merupakan gameboy paling mahal dalam dunia... kenapa mahal, body die ni diperbuat dari emas yang bernilai USD 18,000.. ditambah pulak dengan blink blink sekeliling bingkai skrin die tu menyebabkan harga dia naik lagi tinggi... memang Osem!!

6. PEZ dispenser: (USD 32,205)
PEZ merupakan trademark sebuah syarikat yang menghasilkan cokelat di australia dengan menjual cokelat tu dalam bungkusan yang unik. Dan ini merupakan salah satu bekas bungkusan tu. bentuknya yang menarik membuatkan pengumpul barangan seperti ini berminat untuk memilikinya...

5. Junior Off Road: (USD 40,000)
badannya diperbuat daripada bahan gentian yang tahan lasak, dilengkapi sistem kawalan keselamatan, Cakera brek berkembar hidrolik, sistem steering dan banyak lagi.. antara permainan yang digilai kanak2.. tenguk bentuk pun dah macam hummer bersi kecik dah...

4. Anak Patung Barbie (USD 85,000)
Ini bukan patung barbie biasa.. yang biasa tu korang bole dapat kat kedai tapi yang ini adalah yang sangat istimewa. Diilhamkan oleh De Beers dengan 160 butir berlian ditatahkan pada rekaan baju berbie nih. Sekali tengok memang nampak mewah.. padan pon mahal...

3. Helmet asal Darth Vader (USD 115,000)
Untuk pengetahuan, ini adalah helmet sebenar darth vader yang digunakan dalam filem Star Wars. Helmet ni direka khas untuk Bob Anderson, seorang ahli sukan yang memegang watak darth vader.

2. Patung beruang Teddy: (USD 193,000)
Ini pulak patung beruang yang memang hanya orang yang BERWANG je mampu beli, mata dia diperbuat dari permata dan berlian manakala bahagian mulut die nih dibuat dari emas tulin... Patung ni dihasilkan oleh sebuah syarikat di Jerman bersempena ulang tahun ke 125 beruang teddy..

1. Toy Soldier: (USD 200,000)
Dicipta oleh Don Levine sebagai prototype untuk G.I Jeo pada tahun 1963. levine telah menjual patung prototaip ni pada seorang ahli perniagaan bernama Stephen A. Geppi dalam satu acara lelongan di Texas pada tahun 2003 dengan harga USD 200,000..


So sekali lagi aku sarankan korang cuba geledah peti permainan lama korang. Mana tau jumpa menan yang mahal ke kan... bole jual mahal sikit... hehehe...

No comments:

Post a Comment