Wednesday, March 14, 2012

6 Langkah Mudah Untuk Menghijaukan Perusahaan Kecil Anda.

Perusahaan kecil-kecilan memang memerlukan modal yang rendah. Namun ianya tetap memakan belanja yang agak tinggi bila berdepan dengan penggunaan tenaga elektrik. Memasang panel tenaga suria adalah salah satu alternatif untuk mendapatkan sumber tenaga untuk kegunaan perusahaan anda. Akan tetapi kos pemasangan, kos pembelian panel tenaga suria dan kos senggaraannya sangat mahal. Terdapat pelbagai cara untuk anda berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Malah cara-cara ini juga dapat menjimatkan penggunaan wang dalam perusahaan anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk menghijaukan perusahaan kecil anda.

1. Timer
Penggunaan timer banyak membantu, ianya dapat menjimatkan penggunaan tenaga. bagaimana? Cotohnya setkan timer untuk memadamkan lampu pada masa-masa tertentu seperti waktu rehat atau waktu dimana tiada pekerja berada di kawasan itu.. jadi penggunaan tenaga elektrik anda dapat dijimatkan disitu.

2. Membuat dignosis dan membaiki kebocoran tenaga (kebiasaannya berlaku pada pendingin hawa).
Kebiasaannya pengusaha kecil ini akan menyewa premis untuk perniagaan. Jadi, anda perlu bertanyakan kepada pemilik premis tentang perihal kebocoran tenaga. Bil tenaga anda mungkin akan lebih tinggi dari sepatutnya kerana udara panas atau sejuk terbebas melalui rongga-rongga kecil pada pintu atau tingkap.

3. Tukar mentol Lampu.
Tukarkan mentol lampu lama anda kepada mentol fluorecent baru yang lebih menjimatkan tenaga. Tahukan anda? Penggunaan mentol ini dapat menjimatkan USD20.00(RM60.99) dalam masa 3 tahun.

4. Kitar Semula.
Kebiasaannya, stok barang niaga akan dihantar dalam kotak, guni atau plastik. jadi bahan-bahan ini boleh dikitar semula. Ini bukan sahaja dapat menampung sedikit sebanyak penggunaan wang, malah ianya juga dapat menjadikan persekitaran kerja lebih kemas dan bersih.

5. Sarankan pekerja menggunakan kenderaan awam, berjalan kaki atau berbasikal ke tempat kerja.
Bunyinya memang seakan-akan pelik jika di malaysia. Namun di negara luar perkara ini menjadi salah satu langkah majikan untuk melaksanakan kempen menghijaukan bumi. Seperti yang kita tahu, gas yang tersisa dari kenderaan bermotor yang menggunakan bahan bakar berpotensi untuk mencemarkan udara. Dengan melaksanakan langkah ini, sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan jumlah kenderaan jenis ini dan sekaligus berpotensi untuk mengurangkan atau lebih baik menhapuskan terus pencemaran udara.

6. Prihatin terhadap komuniti anda.
Sentiasa membersihkan kawasan perniagaan merupakan salah satu langkah yang baik untuk menghijaukan lagi perusahaan anda. Bukan sahaja anda dapat memberi impak pada komuniti sekitar, malah perusahaan anda akan kelihatan lebih kemas dan menarik berbanding perusahaan lain.

Langkah-langkah di atas ini bukan sahaja berguna untuk perusahaan kecil, malah anda boleh praktikkan di rumah untuk menjimatkan tenaga dan sekaligus menghijaukan lagi bumi yang tercinta ini.


Sumber: http://newswatch.nationalgeographic.com/2012/03/12/6-simple-ways-to-green-a-small-business/
Artikel asal oleh: Nadine Long.
Diolah semula oleh: Apex Amin

No comments:

Post a Comment