Thursday, March 15, 2012

15 Permainan Paling Mahal Yang Pernah Dijual Di Ebay

Bila sebut je perkataan permainan, budak-budak mesti eksaited gile.. sama la cam kite mase kecik-kecik dulu.. pantang nampak mainan mesti nak suruh mak atau ayah kita belikan... Bila dingat balik memang seronok main dengan mainan-mainan ni semua.. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal permainan yang skalu kita main kat umah tu, tapi alat permainan antik yang sekarang ni dah susah nak dapat..

15. World War One Army Tank (USD 4,500)
Permainan ini memang dikeluarkan pada era perang dunia pertama(WWI). Diperbuat daripada kepingan tin dengan fungsi kekunci untuk menggerakkan kereta kebal ini. Ukurannya 9½ inci dan merupakan salah satu permainan yang paling jarang untuk dijumpai kini. Hakikat yang kebanyakannya musnah pada perang dunia pertama membuatkan harganya melonjak naik.

14. Guli Antik - Teddy Roosevelt (USD 4.500)
Mahal kan guli ni.. Untuk pengetahuan korang ini bukan guli yang boleh didapati di kedai.. sebab dalam dunia ni cuma ada 3 saja guli ni yang masih wujud, sebab tu harga die ni mahal tahap gaban senak perut kene tumbuk.. Guli ni dihasilkan pada sekitar tahun 1900.. inti guli ni bukanlah waran-warna macam guli sekarang ni, tetapi imej wajah presiden Teddy Roosevelt.

13. Roket Angkasa Super Sonik Yoshiya (USD 4,800)
Roket ni sebenarnya sangat susah untuk ditemui sekarang ni.. Dilengkapi sistem enjin dan 'bump & go action' (aku sendiri x pasti fungsi apa ni) serta lampu yang berwarna warni membuatkan roket ini sangat popular pada zaman kegemilangan die.. masa tu sapa dapat main roket ni sangat dikagumi oleh rakan-rakan.. namun masa semakin maju, permainan ini mula hilang dari pandangan manusia.. sapa dapat jumpa sebijik memang bertuah la...

12. Komik Aquaman tahun 1960 (USD 5,000)
Gile ah!! Komik harge sampai USD 5000!!! Bole beli beratus ratus komik baru.. Hahaha.. tapi tu lah hakikatnya. Komik Aquaman Tahun 1960 ni terjaga rapi dan dalam keadaan yang sangat baik.. nak pulak tahun 1960 tu memang tahun di mana watak aquaman ni tengah top.. pasal tu mahal..

11. Union Auto Race car (USD 5,100)
Permainan ni dikeluarkan oleh syarikat Dinky Toys di Jerman sekitar tahun 1930-an. Walaupun usia dia dah lebih 80 tahun tapi keadaan mainan ni masih elok. Tidak berkarat dan masih berfungsi dengan baik. Permainan ni dikeluarkan mengikut rekabentuk kereta lumba Bersekutu Jerman.

10. Star Wars POTF Tri Logo Ewok Combat Playpack (USD 5,998.98)
Jikan korang adalah peminat filem trilogi Star Wars, mesti korang tau watak Ewok dalam filem tu kan.. Watak rasaksa kecik yang comel ni muncul dalam filem star wars Episode VI: Return of the Jedi yang ditayangkan pada tahun 1983. Set permainan ni dah la barang yang jarang ditemui, nak pulak kotak permainan ni tak pernah dibuka sejak tahun ia dihasilkan iaitu tahun 1984 dan ini merupakan kelebihan kepada tuan punya set permainan ni untuk bersaing dengan pemilik set ini yang lain.. bayangkan, masih dalam kotak walaupun dah lebih 25 tahun dihasilkan..

9. Robot Jumbo Machinder Tetsujin (USD 6,500)
Robot ni dihasilkan sekitar tahun 1970-an. Permainan ni dikeluarkan oleh syarikat Bandai. Ianya diperbuat dari bahan plastik yang sama dengan bahan membuat botol syampoo. Jadi ia tahan lasak. Model robot ni dah diubah sedikit oleh pengeluar sebab nak memenuhi pasaran Amerika. So model ni bukan la bentuk asal robot ni sepertomana yang dikeluarkan di jepun.

8. Bally Gene Autry CHAMPION 10 Cent Kiddie Ride (USD 7,200)
Mesin tungganggan kanak-kanak ini dihasilkan pada tahun 1957 dan dinamakan sempena nama seekor kuda dalam siri tv Cowboy Gene Autry iaitu Champion. Sama seperti mesin tunggangan kanak-kanak moden, kita perlu masukan duit untuk menikmati keseronokannya.. mesin ini masih dalam keadaan sempurna dan masih berfungsi lagi..

7. Keretapi Kayuh - Steam Locomotive (USD 7,500)
Keretapi Kayuh ni dihasilkan pada tahun 1945 mengikut model Keretapi berkuasa steam mengikut bentuk sebenarnya.. maksudnya kat sini mende ni kira macam model mini keretapi steam pada era tu la... Pemiliknya(yang jual mende ni di ebay) terjumpa keretapi kayuh ni berhampiran dengan lapangan keretapi California dalam keadaan yang baik.

6. Set Begamon Dunhill yang diperbuat daripada kulit (USD 7.500)
Set begamon ini dihasilkan oleh Dunhill di Parris sekitar tahun1970-an. Ianya dihasilkan menggunakan kulit asli termasuk bentuk segitiga pada papan begamon ni. Set yang ada ni merupakan salah satu dari beberapa sahaja set ini yang masih wujud.. agak rare jugak la mende ni rupenye..

5. Mrrionette Perancis (USD 8,990)
Tengok macam boneka kucing yang pakai baju sebab memang ini boneka kucing yang pakai baju. Dihasilkan berdasarkan watak cerita dongeng Perancis pada abad ke 15. Boneka ini dihasilkan oleh pakar membuat boneka yang berasal dari Atelier dan telah dijual pada tahun 1990 sebelum dilelong 25 tahun kemudian.

4. Robot Radicon Japan (USD 8,999)
Robot ini merupakan permainan robot yang menggunakan sistem kawalan jauh menggunakan alat kawalan. Diperkenalkan sekitar tahun 1957 oleh syarikat Matsudaya. Robot ini dihasilkan dengan teknologi elektronik yang kompleks serta menggunakan kepingan tin yang tebal dan mahal untuk badannya. Robot ini merupakan salah satu daripada 5 model yang menjadi idaman setiap pengumpulnya..

3. Marklin Handpainted Beer Wagon(USD 9,000)
Ini adalah permainan pedati bir yang paling jarang dijumpai.. Jadi tak heran la harga die pon mahal. ianya hanya 18 inci panjang dan dicat secara manual(cat guna tangan la). Walaupun model yang dalam gambar ni dah kehilangan beberapa model tong dia, tapi masih dapat bid yang tinggi...

2. GI JOE 1994 Manimals Vortex MOC C-7 (USD 20,100)
Permainan ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat rare... bayangkan, cuma ada 2 je permainan seumpamanya kat atas mukabumi ni dan yang buat yang ini lebih bernilai ialah ianya tak pernah dibuka sejak tahun 1994.. kalau dapat ni.. aku jual la balik harga tinggi..

1. Lionel 3360 Burro Toy Crane (USD 85,000)
Model permainan kren Lionel 3360 Burro ini dikeluarkan untuk pasaran sekitar tahun 1950, selepas perang dunia kedua. Model dalam gambar ni adalah model prototype yang digunakan untuk menguji pelbagai variasi warna untuk dikeluarkan kepada pasaran umum ketika itu. Bingkai plastiknya masih lagi dalam keadaan yang baik membuatkan ianya sangat rare gila babun...


Kepada korang kat luar sana kalau korang ada memiliki permainan-permainan ini, percayalah, korang bakal jadi orang kaya kalau korang jual.. sebab harga yang aku sertakan ni ialah harga bid tertinggi untuk setiap permainan ni.. mungkin haga dia akan naik lebih tinngi lagi tau... selamat menggeledah stor permainan korang semua.. uhuhu.. nak cari jugak la...

No comments:

Post a Comment