Sunday, March 18, 2012

Spesis Baru Katak Ditemui Di New York.

Kerja-kerja mencari spisis haiwan yang baru bukanlah perkara yang dilakukan dengan kerap. Kebiasaannya kerja-kerja sebegini dilakukan di kawasan-kawasan yang terpencil dan jarang dikunjungi manusia. Siapa sangka spesis baru akan ditemui di sebuah bandar yang membangun.
Gambar yang mesih belum di beri nama spesisnya.

Saintis dari UCLA,Universiti Rutgers, UC Davis, dan Universiti Alabama telah mengesahkan penemuan spesis katak yang baru di dalam Journal Molecular Phylogenetics and Evolution. Walaubagaimanapun spesis katak ini masih belum diberi nama. Mereka hanya menggelar katak ini sebagai 'Rana Spnov' yang membawa makna 'Katak spesis baru'. Katak ini juga digelar 'the weird Rana' oleh segelintir saintis.

Pengkaji telah membuat pemerhatian antara katak yang ditemui di Newyork dan Spesis katak Harimau Bintang di new Jersey, Kedua-dua spisi ini meghasilkan bunyi panggilan (ong ong ong) yang berbeza. Hasil ujian DNA juga mengesahkan yang ianya bukan datang dari spisis yang sama. Spisis ini juga berkemungkinan berasal dari Manhattan.

Habitat katak ini dikataan berada di State Island (sebahagian dari New York) dan saintis mendapati habitat pusat katak ini terletak berhampiran Stadium Yankee di Bronx.

' Ianya menakjubkan kerana spesis ini telah wujud di kawasan ini dan ianya masih belum dikenalpasti' kata professor UCLA Brad Shaffer yang juga seorang penulis akhbar.

Penemuan spesies baru katak di bandar yang terbesar di Amerika adalah satu peringatan yang baik bahawa saintis masih mempunyai banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk lebih memahami alam semulajadi. Ia juga satu peringatan betapa pentingnya untuk melindungi kawasan tanah lembab yag masih ada. DI Amerika Syarikat, lebih 90% kawasan tanah lembab telah hilang akibat daripada pembangunan yang pesat.

Sumber: http://newswatch.nationalgeographic.com/2012/03/16/new-frog-discovered-in-nyc-freshwater-species-of-the-week/

Diolah oleh: Apex Amin

Penulis asal: Brian Clark Howard (penulis dan editor NationalGeographic.com. Beliau adalah bekas editor di Green The Daily dan E / The Enviromental Magazine, telah menyumbang untuk banyak penerbitan termasuk TheAtlantic.com, FastCompany.com, MailOnline.com, PopularMechanics.com, Yahoo!, MSN dan lain-lain. Bukunya terkini, dengan Kevin Shea, Build Your Own Small Wind Power System.)

No comments:

Post a Comment