Tuesday, March 13, 2012

RockMelt: Bukan sekadar browser.

Assalamualaikum kengkawan, lama dah aku tak menulis dalam blog ni, al maklum lah, orang bekerjaya.. banyak masa digunakan untuk kerja, jadi masa terluang sekarang ni aku nak gunakan untuk bercerita pasal web browser yang aku baru download dan guna. RockMelt. Ye, aku tau mungkin aku ni agak ketinggalan sebab baru tau mende ni, tapi tak kisah lah, sebab aku nak share apa yang best pasal web browser ni.


Sekali pandang, tak nampak bezanya RockMelt ni dengan browser Google Chrome.. Memang sebijik, Function die semua sama je dengan google chrome termasuk bentuk, tetapan dan lain-lain lagi lah. Yang membuatkan Rockmelt ni lebih power dari chrome ialah browser ni dihasilkan khas untuk facebook. Terdapat beberapa fungsi tambahan diletakkan pada browser ni..


Pertama sekali ialah Panel kawalan untuk facebook. Panel ini terletak di bahagian atas kiri browser. dengan adanya panel ini, pengguna tak perlu bersusah payah untuk kembali ke laman sosial facebook setiap kali melayari laman web lain. panel ini akan memberi tahu kita jika ada komen, mesej, friends request dan sebagainya..


kedua, Butang 'New Post'. Fungsi butang ini ialah untuk membolehkan pengguna untuk post sebarang status tanpa memerlukan pengguna ke laman utama facebook. jadi jika kita sedang melakukan sesuatu dan dalam masa yang sama kita tidak berada dalam laman sosial ini, kita masih dapat post status baru dengan cepat dan mudah.
lepas korang klik butang new post tetingkap ini akan keluar.. korang jugak boleh post di wall rakan-rakan korang guna fungsi new post ni.


Ketiga, Butang 'share'. Fungsi butang share ialah untuk memudahkan anda untuk share sebarang laman sesawang yang menarik tanpa perlu menggunakan kaedah copy and paste, ya, aku tau ada kebanyakan website dah ada butang share sendiri. Tapi cuba korang bayangkan bila kita sedang melayari laman sesawang yang sangat menarik, tetapi laman sesawang itu tiada kemudahan share, tentu agak melecehkan untuk guna kaedah copy and paste. jadi butang ini akan memudahkan kerja-kerja share itu.
Lepas klik butang share, akan keluar tetingkap seperti ini.

Keempat, kemudahan chatting untuk facebook. terdapat panel yang menunjukkan status online atau offline rakan-rakan anda pada web browser ini. Panel ini berada di sebelah kanan browser. Panel ini akan memaparkan rakan-rakan anda yang sedang online. seperti juga di laman utama facebook, ada tanda hijau kecil pada setiap gambar rakan anda yang menunjukan mereka sedang online. Panel ini juga akan memudahkan korang untuk berchatting, jika korang klik gambar rakan korang tu satu panel chat akan muncul di bahagian bawah browser, jadi tidak perlulah kita kembali ke laman utama facebook semata-mata untuk ber'chating'..


Kelima, Panel Aplikasi. Panel ini akan memaparkan aplikasi yang kita sedang gunakan. Contoh kegunaan panel ini ialah ianya akan memudahkan kita untuk sentiasa up to date pada berita mahupun newsfeed facebook. jika ada post terbaru di facebook, aplikasi facebook pada panel ini akan menunjukkan isyarat iaitu akan keluar nombor dalam kotak merah yang menunjukan berapa banyak newsfeed yang akaun facebook anda sedang terima. ianya tidak tertumpu pada facebook sahaja, terdapat juga aplikasi untuk laman sosial lain seperti twitter, Hi-5, Google+ dan banyak lagi. bukan sahaja memaparkan aktiviti di laman sosial tersebut, malah panel ini juga memudahkan kita untuk post sesuatu di laman sosial yang kita mahukan dengan mudah... Ia juga tidak hanya tertumpu pada laman sosial saja. Terdapat juga aplikasi untuk laman sesawang tertentu dan ada juga untuk memudahkan kita untuk mendapatkan berita-berita terbaru di internet.


Yang terakhir, Butang Quiet Mode. Butang ini berfungsi untuk memadamkan semua kemudahan aplikasi, panel kawalan facebook dan panel chat. jadi jika butang ini di aktifkan, browser ini akan berfungsi sama sahaja seperti Google Chrome...
Browser dalam mod Quiet

Jadi kalau korang berminat nak guna browser nih, boleh la download ye..
Download

No comments:

Post a Comment